Translate

06 September 2017

2 motosikal dilarikan tiga pencuri yang memecah masuk rumah pengasas produk kecantikan D'nars Skincare,







Hadiah RM5k Cari Pencuri Rumah Bos D’Nars Skincare
Published on Sep 5, 2017 in Jenayah/Utama & Sensasi

TUMPAT – Tidak sampai 10 minit, dua motosikal dilarikan tiga pencuri yang memecah masuk rumah pengasas produk kecantikan D’nars Skincare, Faziani Rohban Ahmad, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.48 pagi Selasa di Taman Perumahan Pasir Pekan, motosikal Yamaha 125 Z edisi terhad masing-masing milik anak dan adik Faziani lesap dengan nilai kerugian dianggarkan sebanyak RM22,000.

Kejadian itu bagaimanapun disedari adik Faziani, Fauzan Rohban Ahmad, 25, yang secara kebetulan mahu keluar rumah tersebut jam 5 pagi tadi untuk ke tempat kerja di Pejabat Kesihatan Gua Musang dekat sini.







Fauzan berkata, beliau berasa hairan apabila melihat pagar rumah terbuka dan rantai kunci putus malah paling mengejutkan apabila menyedari dua daripada empat motosikal yang diletakkan dalam garaj hilang.

“Saya terus memaklumkan kepada ahli keluarga lain dan kami segera melihat rakaman daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang memang dipasang di perkarangan rumah.

“Daripada CCTV itu terlihat tiga lelaki sedang memunggah dua motosikal manakala seorang lagi menunggu di dalam kereta jenis Proton Waja berwarna perak,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu, di sini.



Fauzan berkata, sebelum ini sudah beberapa kali beberapa ahli keluarganya ternampak kelibat kereta yang sama sentiasa mundar mandir di hadapan rumahnya di kawasan taman perumahan tersebut.

Pada April lalu, katanya, ada percubaan curi motosikal turut pernah berlaku di rumah sebelah yang dihuni ibunya dan dipercayai dilakukan oleh kumpulan sama berdasarkan kepada jenis kereta.

Mujur ia disedari pembantu rumah yang sempat jerit meminta tolong. Ekoran kes terkini itu, Faziani menawarkan ganjaran sRM5,000 kepada sesiapa berjaya mengenal pasti penjenayah terbabit. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/hadiah-rm5k-cari-pencuri-rumah-bos-dnars-skincare/

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED