Translate

29 July 2017

Penyanyi terkenal Aliff Aziz ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka

Related image


Penyanyi terkenal Aliff Aziz ditahan polis kerana didakwa mencederakan isterinya, Bella Astillah yang baru 20 hari melahirkan bayi lelaki mereka.

Foto: Utusan

Artis yang berasal dari Singapura itu dilaporkan memukul isterinya yang masih di dalam pantang selepas berlaku pergelutan di sebuah pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras.

Difahamkan, Bella, 23, telah membuat laporan polis di Balai Polis Cheras selepas mendakwa dia dipukul oleh Aliff, 26, sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian muka dan lutut.

Sebelum kejadian, Bella yang ditemani ibunya telah pergi ke pusat hiburan tersebut selepas mendapat tahu suaminya berada di bilik karaoke bersama seorang wanita lain.

Jurucakap polis memberitahu, mangsa yang berasa tidak puas hati telah memarahi suaminya serta mengambil gambar menggunakan telefon bimbitnya sebagai bukti.

“Kemudian suami pengadu bertindak kasar terhadap pengadu. Mereka telah bergelut kerana suami ingin merampas telefon bimbit pengadu.

“Suami berjaya mengambil telefon bimbit pengadu dan memadam kesemua bukti yang berada di dalam telefon bimbit pengadu,” katanya.

Sejurus selepas memadamkan semua bukti itu, Aliff didakwa telefon mencampak telefon bimbit tersebut ke muka isterinya yang mengakibatkan Bella mengalami luka di mulut dan lutut.

Aliff telah ditahan awal pagi ini dan dibawa ke lokap Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 18 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JAKIM does not issue halal certification for beer-' 46 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 34 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 4 hrs 28 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 6 hrs 15 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 8 hrs 55 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 8 hrs 56 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 10 hrs 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 12 hrs 40 mins ago