MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OVER 130 TOP HITS AVAILABLE ON OUR MUSIC PLAYER AT THE BOTTOM. TO VIEW THE LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... PLAYER NOT AVAILABLE FOR MOBILE PHONE / TABLET USERS

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Friday, 28 July 2017

11 Pagi rompak emas RM3j,.... sebelum jam 2 petang semua 7 suspek kena tangkap



Pagi rompak emas RM3j, petang kena tangkap




KUALA LUMPUR: Hasrat sekumpulan tujuh lelaki menikmati hasil rompakan sebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, pagi tadi, musnah selepas mereka diberkas jam 2 petang ini.
Semua suspek diberkas hasil tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan.
Dalam kejadian jam 11 pagi, sekumpulan empat lelaki bersenjata pistol dan penukul besi memakai topi keledar penutup penuh serta bersarung tangan hitam memecah masuk sebuah kedai emas di tingkat bawah pusat beli belah itu.
Suspek kemudian memecah rak kaca dan memasukkan barang kemas dalam beg pakaian manakala seorang suspek yang bersenjata pistol dipercayai melepaskan lima das tembakan ke arah pengawal keselamatan.
Mereka kemudian dilaporkan melarikan diri dengan sebuah kenderaan selain hasil rompakan berjumlah yang dianggarkan bernilai RM3 juta.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata polis menahan tujuh lelaki dipercayai suspek kes samun, di Kampung Lalang, Dengkil, Sepang.
Fadzil berkata, hasil maklumat orang awam membawa polis ke lokasi kejadian.
"Kita dapat menangkap tujuh lelaki, selain menemui sejumlah besar barangan emas, penukul dan senjata api," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
TUJUH lelaki ditahan di sebuah kampung di Dengkil, jam 2 petang ini, dipercayai suspek kes samun sebuah kedai emas di sebuah pusat beli belah di Bandar Tun Hussein Onn, Kajang, pagi tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah

No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers