Translate

27 July 2017

Azharina Azhar menjelaskan lelaki yang cukup dekat dengan dirinya ketika ini bukan berstatus suami orang sebaliknya seorang duda.

Dia Bukan Suami Orang - Azharina

..
Menerusi laporan Utusan, penyanyi Azharina Azhar menjelaskan lelaki yang cukup dekat dengan dirinya ketika ini bukan berstatus suami orang sebaliknya seorang duda.
Juara Gegar Vaganza musim ketiga ini berkata dia sudah pun menyelidik latar belakang temannya itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan.
"Saya sudah selidik latar belakangnya dan yakin dia berstatus duda. Kalau boleh memang saya tidak mahu lagi (berkawan) dengan suami orang.
"Macam mana saya boleh kenal? Sebenarnya semuanya bermula apabila saya dijemput untuk membuat persembahan di sebuah majlis,” jelasnya.
Kata penyanyi yang pernah popular dengan lagu Elegi Sepi ini, dia sudah lama berkenalan dengan lelaki berkenaan namun hanya sekadar berkawan sahaja.
"Kami sudah kenal agak lama. Cuma itulah, hanya sebagai rakan semata-mata.
"Setakat ini hubungan kami masih seperti biasa sebab itu saya tidak mahu mengulas lebih mengenai hal ini,” katanya yang turut memberitahu anaknya Rahmat Azharin Azhar Abdullah cukup serasi dengan duda yang dimaksudkan itu.
Menegaskan dia bukan seorang wanita yang mudah jatuh cinta, Azharina pada masa yang sama juga tidak menolak lelaki yang jauh lebih tua mempunyai potensi yang besar untuk memiliki hatinya.
"Saya suka seorang yang lebih tua, mungkin cara berfikir itu berbeza dengan lelaki yang muda. Yang penting seseorang yang boleh menerima saya dan seluruh keluarga saya. Jadi bukan mudah sebenarnya untuk mendekati diri saya," tutur,
Mengenai perkembangan karier, dia kini sibuk mempromosikan single keduanya berjudul Seribu Cinta.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Polis rakam keterangan 14 saksi siasat kes kematia' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Bursa Malaysia tegur secara terbuka Reach Energy, ' 8 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'UK setuju bantu Malaysia dalam bidang teknologi, t' 12 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'These are the last images of Pope Francis’ open ca' 19 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'TH receives 85,000 appeals, more than three times ' 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Mahkamah kembalikan hukuman penjara enam b' 1 hr 46 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'LTSAS kini mampu tampung 700,000 penum' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'KEJADIAN DI PARKIR KERETA | BEST FBKL' 3 hrs 2 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Lapan parti layak guna masa si' 3 hrs 35 mins ago
A visitor from Yenimahalle viewed 'Video of Passenger in Car Speeding at 312 K,/h - V' 4 hrs 25 mins ago