Translate

03 July 2017

Peninju Wanita Terbuang Air Besar Atas Gelanggang MMA



[VIDEO] Peninju Wanita Terbuang Air Besar Atas Gelanggang

Perlawanan seni mempertahankan diri campuran atau lebih dikenali sebagai Mix Martial Art (MMA) amat menyakitkan. Dan bagi sesetangah orang, kesakitannya sukar digambarkan sehingga ada yang terbuang air besar ditengah-tengah perlawanan.
Pengalaman berkenaan dirasai sendiri peninju MMA wanita ini, Justine Kish, ketika bertarung dengan lawannya, Felice Herrige ketika UFC Fight Night 122, minggu lalu.
Justine dilihat tidak dapat menahan kesakitan diasak Felice sehingga terbuang air besar dan bekas najis berkenaan bertaburan diatas pentas gelanggang.
Lebih memalukan, insiden tersebut disiarkan di televisyen secara langsung.
Sungguhpun begitu, kedua-dua peninju berkenaan meneruskan perlawanan secara profesional dan keputusan akhir berpihak kepada Felice sementara Justine diisytiharkan kalah akibat 'knocked out' (K.O).
Justine kemudiannya memuatnaik tweet berkenaan insiden berkenaan dengan berkata: "saya seorang pahlawan, dan saya tidak akan mengalah #shithappens haha akan kembali nanti".
Sementara temubual Justine dalam rancangan 'Domenick Nati Show' siaran radio iHerart pula menyatakan beliau kini dipelawa bebarapa syarikat tisu punggung yang memintanya untuk menjadi duta produk.
"Saya sebenarnya mempertimbangkannya kerana kita boleh berjenaka dengannya (isu ini) dan membuatkan produk tersebut kurang memalukan dan lebih kelakar," katanya.
- mD

Peninju Wanita Terbuang Air Besar Atas Gelanggang



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED