Translate

03 July 2017

Elly Mazlein Jelas Sebab 'Tak Lepaskan' Anak Beraya Dengan Bekas Suami

Elly Jelas Sebab 'Tak Lepaskan' Anak Beraya Dengan Bekas Suami

..
Perang maya antara Faye Kusairi dan Elly Mazlein tercetus lagi apabila pelakon itu meluahkan mengenai kekecewaan suami, Azmi Hatta, yang tidak dapat berhari raya dengan anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.
Susulan perkongsian Faye di laman maya, Elly membidas kenyataan berkenaan dengan menyenaraikan alasan mengapa bayi yang baru berusia berusia setahun tiga bulan itu tidak boleh bermalam dengan si bapa.
Laporan BH online menyebut, penyanyi dan pelakon yang sering membahasakan dirinya sebagai Kak Lina itu berkata, anak kecilnya masih menyusu badan, sekali gus memaklumkan perkara itu juga sudah diputuskan mahkamah sehinggalah kanak-kanak terbabit berusia lima tahun.
"Macam mana kakak Lina nak bagi pada si bapa untuk bawa bermalam ke kampung halaman desa nan permai. Sefhia masih menyusu badan, ada hati nak ambil Sefhia sampai empat hari di hari raya.
"Sefhia pun tak kenal kamu dan juga orang keliling kamu. Kalau Sefhia menangis tak berhenti empat hari, tak ke kamu mendera budak itu. Persiapan Sefhia RM1,500 tak dapat lagi. Mahu cerita pasal heartbreak (patah hati)?" katanya menerusi Instagram.
Pada masa sama, Elly juga secara sinis menyelar sikap bekas suaminya ketika berhadapan insiden si kecil mengalami demam kuning selepas lahir dulu. Ujarnya, ketika anaknya itu mengalami sakit kuning pada usia tidak sampai sebulan, Azmi Hatta tidak pun datang menjenguk si kecil, apatah lagi untuk menghantarnya ke pusat rawatan.
Rentetan perkongsian Elly, netizen dilihat memberikan sokongan kepadanya dengan membidas semula tindakan pasangan pelakon-pengarah terbabit yang dikatakan seakan-akan cuba mencetuskan semula kontroversi.
Pergaduhan antara kedua-dua artis berkenaan bermula selepas rumah tangga Elly dan Azmi goyah. Azmi bagaimanapun menafikan Faye sebagai punca perpisahan mereka apabila gosip mengenai perkara itu kencang bertebaran.
Ketika mengandungkan Sefhia hingga melahirkan bayinya, Azmi didakwa tidak pulang ke rumah atau menjenguk anak mereka menyebabkan perkara itu dibawa ke mahkamah.
Selepas mendapatkan nasihat, Azmi menjatuhkan talak di hadapan hakim di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada 15 Oktober 2015 ketika kandungan Elly berusia empat bulan.
Pengarah drama yang sudah mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu itu kemudian mengahwini Faye pada 9 April lalu.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Urbana viewed 'Police remanded the wife and ex husband, of the la' 34 mins ago
A visitor from Gatchina viewed '10 ARTIS WANITA MALAYSIA YANG PALING CANTIK 2013 -' 1 hr 26 mins ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Lelaki bebas sabitan edar 10kg dadah - Mahkamah Pe' 2 hrs 54 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Tiga pegawai Imigresen ditahan kerana disyaki mene' 2 hrs 56 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Akses ke KLIA Termi' 3 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'LIVE Perjalanan Terakhir Tun Abdullah Ahmad Badawi' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Rock Queen Ella to rock the Resorts World Genting ' 4 hrs 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Clips of some steamy scenes in a drama shared by a' 4 hrs 49 mins ago