Translate

03 February 2017

Randy Seidman Mengaku Fazura Sebagai Teman Wanitanya, Fazura menafikan kekasihnya seorang jejaka Amerika






Fazura terharu apabila rakannya yang berlainan agama, DJ Randy Seidman sanggup mempertahankan umat Islam. — Foto ihsan Instagram/MissFazura

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Menafikan kekasihnya seorang jejaka Amerika Syarikat, penyanyi Nur Fazura Sharifuddin bagaimanapun tidak memilih jenis kaum bakal suaminya.

Mensasarkan berkahwin tiga tahun lagi, pelakon dan usahawan butik pakaian menginginkan lelaki yang menghormati wanita.

“Saya tidak kisah India ke, Cina ke Melayu ke, orang putih ke kalau orang itu boleh memberikan kebaikan kepada saya dan agama, saya terima,” katanya.

Fazura, 34, mengulas video di YouTube sewaktu bercuti di New York apabila rakannya deejay (DJ) Randy Seidman menyatakan beliau “teman wanitanya”.

Lelaki itu mempertahankan Fazura apabila melihat dua lelaki memegang plakad mengutip derma bagi menyekat masuk umat Islam ke negara itu.

“Teman wanita saya ini seorang Muslim dan dia pencinta keamanan dari Malaysia,” katanya, mungkin tanpa menyedari rakaman video gelagat pengutip derma itu eksperimen sosial.

Penyanyi Sayangi Dirimu ini mengakui persahabatan mereka hampir lima tahun namun tiada yang istimewa.

“Di Amerika sebenarnya normal panggil kawan perempuan 'girlfriend' tapi di Malaysia tidak biasa.

“Randy jadi kawan saya sudah lama, sudah lima tahun. Jadi dia panggil saya 'girlfriend' itu biasa,” katanya selepas majlis mengumumkan kontrak Fazura dengan Universal Music selama tiga tahun.

Fazura berucap pada majlis mengumumkannya sebagai artis di bawah label Universal Music selama tiga tahun. — Foto oleh Saw Siow FengFazura bagaimanapun terharu apabila rakannya yang berlainan agama sanggup mempertahankan umat Islam.

“Dia bukan pertahankan saya, dia pertahankan [umat] Islam. Di Amerika banyak orang terkesan dengan isu ini. Kepada mereka isu ini sangat sensitif apabila ada diskriminasi terhadap bangsa lain.

“Dan pastinya saya bangga ada kawan-kawan yang berlainan agama. Saya ada Cina ada India, Amerika semua. Mereka inilah yang membuka mata saya, kita harus pertahankan sesama sendiri,” katanya.

“Ada ramai orang pertahankan kita (umat Islam) dan kita pun patut buat benda yang sama.”

Mengulas isu Presiden Donald Trump melarang pelarian dan pelawat dari tujuh buah negara Islam, Fazura berkata beliau tidak rasa bimbang berada di negara itu.

“Saya tidak rasa apa-apa. Saya tiada masalah berada di Amerika dan selagi tidak mendatangkan kecederaan,” katanya di sini.



- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/bukan-macam-dalam-video-fazura-tiada-kekasih-amerika-video#sthash.nRsTrRmq.dpuf
..
Kelibat aktres Nur Fazura dalam sebuah video ketika berada di New York, Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian apabila lelaki yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Randy Seidman mendedahkan wanita itu adalah teman wanitanya.
mStar online melaporkan, menerusi video berdurasi lebih 10 minit itu, lelaki itu yang juga seorang deejay secara spontan mempertahankan Fazura selepas melihat dua lelaki memegang plakad provokasi bagi melarang kemasukan komuniti Islam ke negara itu.
"Teman wanita saya seorang Muslim dan dia adalah pencinta keamanan dari Malaysia.
"Kenapa dia harus dilarang masuk kerana dia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan keganasan.
"Anda membuat kenyataan yang tidak masuk akal tentang Muslim dan saya tersinggung," katanya.
Berdasarkan video eksperimen sosial yang dimuat naik di Youtube sejak dua minggu lalu, dua lelaki berkenaan memegang plakad meminta orang ramai menderma bagi menghalang kemasukan umat Islam ke negara Uncle Sam itu.
Seorang lagi lelaki pula memegang plakad yang tertulis "larangan terhadap orang Islam adalah jalan penyelesaian".
Hasil pemeriksaan, video yang telah ditonton sebanyak 287,453 kali itu dimuat naik oleh pemilik akaun YouTube dengan nama Hizzy.
Dua lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Izzy dan Haseeb banyak menghasilkan video eksperimen sosial berkaitan masyarakat.
..
Sementara itu Fazura yang tidak memberikan sebarang reaksi terhadap plakad berbentuk provokasi itu dilihat cuba menghalang Randy daripada terus berbalah dengan dua lelaki tersebut.
Sebelum meninggalkan dua lelaki itu, Randy sempat memuji dan menyifatkan penyanyi lagu Sayangi Dirimu itu sebagai seorang wanita cantik selain mempunyai hati yang baik.
"Teman wanita saya cantik, mempunyai hati baik dan anda cuba katakan dia patut dilarang masuk?" soal Randy.
Presiden Donald Trump baru-baru ini telah mengeluarkan perintah eksekutif melarang kemasukan pelarian dan pelawat dari tujuh buah negara Islam.
Walaupun Malaysia tidak termasuk dalam senarai itu tetapi masyarakat dunia yang beragama Islam khuatir mereka juga akan menjadi mangsa kepada penguatkuasaan peraturan baharu itu.
Isu itu juga bukan sahaja menimbulkan kemarahan dan bantahan masyarakat dunia tetapi rakyat Amerika sendiri.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED