Translate

03 February 2017

Kerajaan negeri hari ini menafikan pernah mengeluarkan kad identiti Bangsa Johor, seperti yang sedang tular di media sosial.






Setiausaha Kerajaan Johor Azmi Rohani berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk jabatan kerajaan negeri mengeluarkan kad berkenaan. — Foto ihsan Facebook/Suara Rakyat Johor

JOHOR BARU, 2 Feb — Kerajaan negeri hari ini menafikan pernah mengeluarkan kad identiti Bangsa Johor, seperti yang sedang tular di media sosial.

Setiausaha Kerajaan Johor, Azmi Rohani berkata setakat ini, tidak ada mana-mana pihak termasuk jabatan kerajaan negeri mengeluarkan kad berkenaan.

“Penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Azmi mengulas status seorang lelaki menerusi akaun Twitter hari ini, yang memberi maklumat supaya rakyat Johor yang masih belum mempunyai kad berkenaan agar mendapatkannya segera.

Dalam kad itu turut dipaparkan nombor kad pengenalan Malaysia dan di bawahnya terdapat nombor identiti Bangsa Johor.

Selain itu, kad tersebut kononnya boleh dijadikan sebagai kad debit untuk membuat pembelian dan membeli-belah.

Di bahagian belakang kad pula, tertera alamat pemegang kad dan nama waris terdekat termasuk penyataan bahawa kad berkenaan adalah untuk pengesahan pengenalan Bangsa Johor. — Bernama

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/tiada-kad-bangsa-johor-kata-suk#sthash.ZoeCamG4.dpuf

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED