256 Mat Rempit Dikepung Polis
Dalam operasi bermula pukul 3 pagi itu, semua mereka gagal meloloskan diri selepas polis mengepung sekitar lokasi sekatan terbabit yang sering menjadi tumpuan lokasi berlumba haram.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, dalam operasi itu, dua remaja cedera selepas bertembung sesama sendiri ketika cuba melarikan diri daripada sekatan dengan menunggang melawan arus.
“Cubaan lebih ramai mat rempit ini meloloskan diri juga tidak berjaya kerana kita turut melakukan sekatan di beberapa kawasan lain antaranya di jejambat Jalan Sultan Azlan Shah yang menghubungkan Batu Uban dan Bayan Baru.
"Semua yang ditahan diarah menolak motosikal masing-masing sejauh hampir tiga kilometer ke Kuartes Pegawai Polis di Jalan Sungai Dua di sini untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
-- UTUSAN ONLINE