"Saya Akan Bercakap Dengan Panjang Lebar", Khairuddin Ugut Dedah 'Skandal' Parti Pribumi Jika Diserang
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang baru sahaja melepaskan keahlian dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan mendedahkan sesuatu dari PPBM sekiranya perlepasan keahliannya dipertikaikan.
Khairuddin Abu Hassan berkata, beliau akan mengulas isu berkenaan dengan panjang lebar sekiranya ada dari kalangan pemimpin PPBM menyerang beliau diatas tindakan keluar parti baru-baru ini.
Kalau mereka (PPBM) serang saya, saya akan buat satu kenyataan balik yang mendalam.
“Kalau mereka (PPBM) menyerang saya, saya nak bagi amaran, saya akan bercakap sesuatu secara panjang lebar,” katanya dipetik Antarapos.
Khairuddin menerusi kenyataannya sebelum ini mengumumkan tindakannya keluar parti untuk memberi fokus terhadap kes-kes mahkamah yang dihadapinya disamping ingin meneruskan perjuangan Deklarasi Rakyat yang dianggapnya "terlalu sentimental".
Didalam kenyataan tersebut, Khairuddin meminta agar pemimpin Pribumi untuk tidak berpuak-puak dan jujur serta ikhlas dalam memperjuangkan hak rakyat.
Diminta mengenai kenyataan 'berpuak-puak' dalam PPBM, Khairuddin enggan mengesahkan perkara berkenaan namun tidak menafikan perkara tersebut berlaku.
“Dalam mana-mana pertubuhan politik, perkara ini (perpecahan) normal. Benda ini akan berlaku. Tidak siapa boleh nafi perkara ini boleh berlaku. Dan sebab itulah saya nasihat, dalam PPBM ini jangan ada berpuak-puak.
“Kalau mereka berpuak-puak, ada puak Mahathir, ada puak Muhyiddin, ada puak Mukhriz, parti akan lingkup. Akhirnya masing-masing akan jaga kepentingan (puak) masing-masing,” katanya lagi.
- Malaysian Digest