Translate

21 October 2016

Alif Satar meluahkan rasa syukur kerana kerjayanya kini semakin stabil



Alif Satar Terkenang Pengalaman Di "Boo" Peminat

.

Alif Satar meluahkan rasa syukur kerana kerjayanya kini semakin stabil malah rezekinya dan tawaran baik dalam bidang nyanyi, lakonan juga pengacaraan tidak putus.

Menurut pemilik nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 26, usaha kerasnya selama 10 tahun memacu kerjaya seninya akhirnya membuahkan hasil. Justeru peluang yang datang digunakan sebaiknya untuk membuktikan dia mampu menjadi versatil.

"Saya bersyukur, ramai yang semakin percaya dengan bakat saya dalam lakonan juga rezeki saya dalam bidang pengacaraan terbuka luas sejak akhir-akhir ini. Tapi minat saya pada dunia nyanyia tetap kuat

"Ini juga peluang saya untuk pergi lebih jauh dan menjadi harapan saya dapat menjadi seorang selebriti yang versatil seperti mana Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman," katanya ketika

Jauh sekali bersikap mendabik dada, sebaliknya pencapaian yang diperolehi hari ini mengingatkan dia kepada kepayahan dan cabaran yang dilalui di awal-awal kariernya bahkan pernah satu ketika dia di "boo" segelintir penonton sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

"Saya bermula dari bawah dan pelbagai cabaran yang saya lalui. Saya masih ingat lagi, saya pernah kena "boo" dengan penonton ketika membuat persembahan pembukaan untuk konsert David Archuleta. Satu lagi, ketika membuat persembahan di konsert Usher, saya diarah menyanyi sedangkan penonton belum pun memenuhi stadium," katanya.

Pelantun lagu Akhiri Penantianku ini bakal bertindak sebagai hos utama Anugerah Skrin (ASK2016) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 18 November depan.

Meskipun bidang pengacaraan kerana ia bulan satu perkara baharu buatnya namun Alif mengakui gementar dengan tugasan sebagai ASK2016 kerana ia sebuah acara berprestij namun yakin dapat melaksanakan kepercayaan diberikan oleh pihak penganjur.

Sambil itu, Alif turut meluahkan rasa bertuah kerana bakal bergandingan dengan lapan pengacara bersama pada malam itu nanti yang masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.

Barisan selebriti tersebut ialah Ammar, Mira Filzah, Issey Fazlisham, Ajak Shiro, Haiza Kool fm, Sarimah Ibrahim, Fiza Sabjahan, Azrel Ismail dan Puteri Aishah.

"Rasa seram pun ada kerana ASK adalah acara berprestij tetapi saya berbesar hati kerana diberikan peluang ini.

"Insya-Allah saya akan berikan terbaik dengan bantuan rakan-rakan pengacara bersama yang lain," katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED