'Saya bukan Adele atau Beyonce', tulis Fazura susulan kritikan netizen
Astro Awani | Oktober 03, 2016 15:35 MYT
"Terima kasih kerana turut sama menyanyi, menari dan memberikan tenaga yang positif kepada saya," tulis Fazura.
"SAYA bukan Adele atau Beyonce."
Itu status yang dimuat naik pelakon, penyanyi dan ahli perniagaan, Fazura, ke akaun Instagram, beberapa minit yang lalu.
Ia dipercayai ada kaitan dengan kritikan netizen yang diterima oleh penyanyi itu susulan kualiti nyanyiannya di After Race Concert sempena Grand Prix Malaysia (GP) Formula Satu (F1) di Litar Antarabangsa Sepang, pada Ahad.
Fazura merupakan salah satu daripada persembahan pembuka untuk ikon R&B terkenal dunia, Usher
yang berlangsung selepas tamatnya perlumbaan.
Dalam status itu yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Fazura melahirkan perasaan terharu dan
Dalam status itu yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Fazura melahirkan perasaan terharu dan
berterima kasih kepada pihak penganjur kerana diberikan peluang untuk membuat persembahan tersebut,
yang disifatkan olehnya sebagai sebuah impian yang menjadi kenyataan.
Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 itu tidak ketinggalan memberikan
Pemenang trofi Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke 27 itu tidak ketinggalan memberikan
ucapan penghargaan kepada penonton yang menyaksikan persembahannya.
"Terima kasih kerana turut sama menyanyi, menari dan memberikan tenaga yang positif kepada saya,"
"Terima kasih kerana turut sama menyanyi, menari dan memberikan tenaga yang positif kepada saya,"
tulis Fazura. Nama pelakon terkenal itu menjadi topik perbualan hangat di media sosial sejak semalam
apabila majoriti netizen mengkritik nyanyiannya ketika menyampaikan lagu Cheap Thrills, dendangan
asal Sia.