Translate

09 July 2016

Kes tembakan dilakukan penjenayah bagaikan tiada henti apabila seorang pekerja stesen minyak cedera ditembak perompak

Pekerja stesen minyak cedera ditembak





Suspek dua lelaki yang menyamun stesen minyak di Persiaran Mahkota Cheras, Kajang, Selasa lalu


Kajang: Kes tembakan dilakukan penjenayah bagaikan tiada henti apabila seorang pekerja stesen minyak cedera ditembak perompak ketika cuba menghalang penjenayah.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi Selasa lalu, mangsa seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun ditembak suspek bermotosikal sejurus merompak stesen minyak di Persiaran Mahkota Cheras, di sini.

Akibatnya mangsa mengalami kecederaan di bahagian paha kanan dan kiri selepas terkena tembakan dilepaskan perompak terbabit.

Sumber berkata, kejadian berlaku sejurus dua lelaki yang menaiki motosikal muncul di stesen minyak berkenaan.

Katanya, salah seorang suspek bertindak memecahkan pintu dan meluru masuk ke bahagian kaunter premis berkenaan.

“Suspek mengambil peti simpanan wang di kaunter pembayaran sebelum keluar dari dalam premis dan menaiki motosikal ditunggang rakannya.

“Mangsa yang berada di luar premis cuba menghalang perompak terbabit namun salah seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum melarikan diri,” katanya.

Menurut sumber, mangsa yang cedera segera dihantar ke Hospital Kajang bagi rawatan dan dilaporkan stabil.

Katanya, polis turut meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti identiti suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan mengesahkan menerima laporan kes itu.

Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi mengesan suspek berkenaan untuk tindakan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/node/150614

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED