Translate

23 February 2016

Orang Kampung Terkejut Sultan Johor Datang Ke Rumah

Terkejut Sultan Johor Datang Rumah

Foto ehsan:Sultan Johor OfficialFoto ehsan:Sultan Johor Official
KUALA LUMPUR: Tindakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat ke Kampung Lepau di Kota Tinggi, Johor Baharu  baru-baru ini dalam satu kunjungan spontan nyata mengejutkan rakyat di situ.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandarsemalam, baginda yang hanya menunggang ‘kapcai’ dilihat beramah mesra dan bersalaman dengan penduduk sekitar.
Malah lebih menarik, rakaman video tersebut turut memaparkan aksi ‘selamba’ seorang gadis menjerit memanggil ibunya selepas terkejut dengan kehadiran Sultan Johor ke rumahnya.
“Mak, Mak.. Sultan Johor,” jerit gadis terbabit dalam rakaman video itu yang sehingga kini ditonton lebih 124, 000 kali.

Berdasarkan kenyataan di laman Facebook itu, lawatan berkenaan dibuat oleh Sultan Johor pada 6 Februari lalu tanpa sebarang pengumuman awal.
Foto ehsan:Sultan Johor OfficialFoto ehsan:Sultan Johor Official
Sebagai seorang raja berjiwa rakyat, baginda meluangkan masa berhenti di beberapa rumah penduduk kampung dan kedai runcit, selain turut dilihat sempat menghabiskan masa menikmati minuman yang dihidangkan oleh penduduk kampung tersebut.
“Saya suka melawat ke kampung-kampung dan berbual bersama orang-orang kampung dengan secara santai, tanpa tatacara istiadat yang ada ketika kunjungan rasmi. Ia juga memberikan saya pandangan secara sepintas lalu kepada gaya kehidupan harian mereka dan saya mendapat tahu mengenai banyak perkara dengan cari ini," titah Sultan Johor dalam entri tersebut.
Sebelum ini, Sultan Johor berkenan mencemar duli bersantap sarapan pagi bersama penduduk Muar.

- mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Pandu Kereta Lawan Arus Ditahan Polis | BES' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, ' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 24 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'BEST FBKL' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kuala Lumpur Tower dibuka semula, tawar pengalaman' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JDT Lakar 'Quadruple' Ketiga Berturut-Turut | BEST' 1 hr 55 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lagi Kes Rempuhan Lori | BEST FBKL' 1 hr 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Watch the highlights of the funeral of Pope Franci' 2 hrs 4 mins ago