Translate

29 January 2016

Penyanyi Farah Asyikin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley

Farah Asyikin Cerai Talak Satu, Tebus Talak RM100

mStar
Farah Asyikin akhirnya bercerai secara tebus talak dengan suaminya, Zaahier Stanley pada Khamis.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Farah Asyikin akhirnya sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Farah selaku plaintif kes berkenaan membayar wang tebus talak kepada Zaahier sebanyak RM100.

Terdahulu, Mohd Fateh yang juga pegawai Sulh ketika membentangkan laporan hakam kepada mahkamah mensabitkan wujudnya 'Shiqaq' atau perbalahan berpanjangan dalam perkahwinan itu dan mencadangkan agar perceraian dibuat secara tebus talak.
Zaahier Stanley.
Jelasnya lagi, selain tidak berkomunikasi dan tinggal berasingan hampir dua tahun, Farah turut didera secara emosi menerusi kata-kata kasar.

Farah diwakili peguam syarie, Siti Maisyarah Hashim.

Perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 47 dan 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Boardman viewed 'A huge wrong-way bet on Bitcoin has left an uniden' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Atas sambutan memberangsangkan, konsert GenKRU bak' 4 hrs 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Warga emas didakwa bunuh rakan | BEST FBKL' 5 hrs 35 mins ago
A visitor from New york viewed 'Malaysian Woman Kaur Gurcharan Singh Manpal, 44, w' 5 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'WARNA RASA RAMADAN BUFFET 2025 BY ROYALE CHULAN KU' 6 hrs 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kes Culik Pamela Ling Kereta Penculik Guna Nombor ' 7 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Dua Wanita ‘Scammer’ Diburu Polis | BEST FBKL' 7 hrs 20 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 23 mins ago
A visitor from Michigan viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 30 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'Tarikh Kongres Nasional PKR 2024/2025 diselaraskan' 7 hrs 34 mins ago