Translate

14 January 2016

Peminat Kritik Agnes Monica

..
Baru-baru ini dunia hiburan Indonesia gempar dengan isu kontroversi penyanyi bertaraf antarabangsa kelahiran Indonesia, Agnes Monica gara-gara tampil dengan skirt jarang bertulisan kalimah Arab, ketika membuat persembahan di Konsert Raya 21 Indosiar, sempena meraikan ulang tahun ke-21 stesen televisyen berkenaan.
Penyanyi berketurunan Cina itu menyanyikan single antarabangsanya Boy Magnet di pentas dengan memakai busana hitam yang jarang dengan perkataan Arab pada bahagian bawah skirt.
Para netizen mula tertanya-tanya tentang maksud perkataan berkenaan dan ada yang mula menegur tindakan berkenaan.
..
..
Penaja busana Agnes pada konsert tersebut, KTZ, memberi penjelasan bahawa perkataan tersebut merupakan 'muttahidah' iaitu perkataan Arab bagi bersatu dan tidak ada kaitan dengam mana-mana ayat Al-Quran.
..
Laporan media menyebut, Majlis Ulama Indonesia (MUI) menjelaskan bahawa kalimah tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam.
"Tidak ada unsur penghinaan. Kalau ada ayat Al-Quran, baru saya tidak setuju," ujar Ketua Suruhanjaya Dakwah MUI Pusat, Cholil Nafiz.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED