Kontrak Saya Dibatalkan - Siti Elizad
Aktres Siti Elizad mengakui kontraknya sebagai duta produk pelansingan dan kecantikan Qyra Beauty Care sudah dibatalkan baru-baru ini atas beberapa sebab termasuklah tiada persefahaman antara dia dengan pemilik produk tersebut.
Memetik laporan mStar online, Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Saifuddin, 32, berkata, pengasas produk itu tidak memahami kerjaya artis dan menyekat beberapa peluangnya untuk mendapatkan pendapatan iklan produk lain di Instagram miliknya.
"Pihak Qyra Beauty sudah menghantar surat peguam yang membatalkan kontrak saya sebagai duta produk baru-baru ini atas sebab yang tidak sepatutnya.
"Mereka melarang saya untuk mempromosi produk lain yang bukan pun pesaing produk tersebut seperti minyak wangi dan produk anti penuaan, sedangkan saya hanya dilantik menjadi duta untuk produk pemutih dan kopi langsing sahaja," katanya yang turut memaklumkan dia cuba berbincang cara baik dengan pemilik produk tersebut, namun tidak berhasil.
Heroin drama Teman Lelaki Upahan ini dilantik menjadi duta produk tersebut pada Ogos tahun lalu.
Heroin drama Teman Lelaki Upahan ini dilantik menjadi duta produk tersebut pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun Elizad berkata dia tidak mahu mengambil tindakan dan memanjangkan perkara yang tidak membawakan sebarang faedah terhadap kerjayanya.