Ali Tinju gesa boikot Kompleks Kota Raya selama setahun
OLEH YASMIN RAMLAN
Published: 18 December 2015 5:23 PM
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Mohd Ali Baharom hari ini menggesa rakyat Malaysia memboikot Kompleks Kota Raya di ibu kota selama setahun susulan insiden seorang pelanggan didakwa dikurung di salah 1 kedainya baru-baru ini.
Kata Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju, tindakan boikot itu dicadangkan supaya dapat memberi pengajaran kepada peniaga di pusat membeli belah itu yang didakwanya tidak bertanggungjawab.
Menurutnya, beliau yakin rakyat negara ini akan memboikot kompleks itu selepas pihaknya menyebarkan gesaan itu di media sosial.
"Saya harap, minta, kepada semua orang pelbagai kaum, supaya boikot (Kompleks) Kota Raya buat seketika waktu.
"Kita bersatu dalam Whatsapp dan media sosial (untuk) boikot. Ajar mereka supaya mereka hormati hak pengguna," katanya kepada pemberita di hadapan kompleks itu di Jalan Tun Tan Cheng Lock petang ini.
Ali bersama “Gerakan Merah” hadir ke kompleks itu berikutan kejadian seorang pelanggan yang didakwa dikurung selama 4 jam Rabu lalu kerana enggan meneruskan pembelian telefon bimbit yang harganya secara tiba-tiba mencecah RM10,000.
Difahamkan kedai telefon bimbit terbabit ditutup pada malam hari kejadian. – 18 Disember, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ali-tinju-gesa-boikot-kompleks-kota-raya-selama-setahun#sthash.4VeThyG2.dpuf