Translate

21 September 2015

Tasha Shilla, "sebelum nak nasihat orang, tengok dahulu diri sendiri"

Tasha Shilla Tak Kisah Tanggapan Negatif Masyarakat

..
Meskipun sejak kebelakangan ini macam-macam cerita kurang enak serta kontroversi mengaitkan namanya namun pelakon Tasha Shilla menegaskan dia masih seperti sedia kala dan berpijak di bumi nyata.
"Saya masih okey! Saya anggap ini mahu atau tidak menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup saya. Orang sudah kenal saya sebagai Tasha Shilla. Jadi pastinya setiap gerak geri dan apa sahaja mengenai saya, orang nak ambil tahu. Tetapi apabila kita jadi diri sendiri, orang mula skeptikal dan salah faham.
"Sepatutnya kenalilah diri sendiri dahulu sebelum nak kenal orang lain atau sebelum nak kenal orang lain atau sebelum nak nasihat orang, tengok dahulu diri sendiri. Kadang kala kita cuba untuk menjadi diri sendiri.
"Di saat kita sudah rasa diri ini sudah menjadi diri sendiri tapi orang yang memandang mungkin memikirkan sebaliknya. Dalam hidup ini kita tak boleh nak puaskan hati semua orang. Cuma sekarang ini saya selesa begini, saya harap terimalah diri ini seadanya," katanya seperti yang dilaporkan akhbar sisipan BPop.
Dalam pada itu Tasha juga beerkata dia menerima semua komen semua termasuk di laman Instagram dengan hati terbuka dan tidak mahu terlalu ambil pusing terutama komen-komen negatif.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED