AANS
on WEDNESDAY, MARCH 11, 2015
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi bersepadu khas secara besar-besaran terhadap penunggang motosikal dalam masa terdekat, berikutan peningkatan ketara statistik kemalang#an maut yang melibatkan penungganng motosikal.
Bagaimanapun, PDRM belum menetapkan tarikh bagi melaksanakan operasi itu kerana mahu memberi peluang kepada golongan terbabit memperbaiki kenderaan mereka, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"(Operasi) dalam masa terdekat tetapi ki#ta belum putuskan bila. Kita bagi peluang mereka memperbaiki kerosakan pada kenderaan seperti lampu brek, cermin sisi dan nombor pendaftaran.
"Ingin saya tegaskan, sebaik operasi itu dilancarkan PDRM tidak akan berkompromi atau menerima sebarang alasan yang diberikan malah jumlah saman yang dikenakan atas kesalahan berkenaan tidak akan dikurang#kan," katanya.
