Translate

24 March 2015

Tindakan Lelaki Curi Beg Tangan Mangsa Kemalangan Berjaya Dirakam, Pemilik Kereta Alza Nafi Terlibat Kes Curi

Pemilik Kereta Alza Nafi Terlibat Kes Curi Beg Tangan Mangsa Kemalangan


Berikutan tersiarnya video penumpang Alza WA 5367 W bewarna ungu yang menunjukkan seorang penumpang keluar dan mencuri beg tangan mangsa kemalangan yang bertaburan di atas jalan raya di atas lebuhraya PLUS berhampiran Senawang, tuan kereta tersebut telah tampil menafikan.

Pemilik kereta tersebut, Puan Nur Azura telah tampil menafikan beliau terlibat dalam kejadian tersebut dan menyertakan satu laporan polis.

Beliau mendakwa kereta tersebut telah dipinjam oleh adiknya untuk menghantar kawan yang bernama Aki ke Melaka.

Semasa sampai di atas Lebuhraya PLUS terdapat satu kemalangan dan tanpa disedari kawannya bernama Aki itu telah turun dan mengambil beg mangsa kemalangan yang bertaburan di atas jalan raya,


Berdasarkan laporan polis, Aki telah meminta adik puan Azura memberhentikannya di mana-mana sahaja dan beliau mengambil keputusan memberhentikan Aki di sebuah Stesen Minyak di Ayer Keroh, melaka.

Tujuan laporan dibuat adalah untuk menafikan pemilik kereta tidak terlibat dalam kejadian ini dan mahu polis mengambil tindakan kepada Aki. - Siakapkeli.com.my


T

Tersebar di laman sosial hari ini tentang sebuah video yang memaparkan tindakan seorang lelaki yang berjaya dirakam mencuri beg tangan milik mangsa kemalangan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Lebuhraya PLUS berhampiran Senawang, Negeri Sembilang dimana perakam yang dikenali sebagai Mashi Kamil telah tmengambil video kejadian kemalangan di kawasan tersebut.

Beliau secara tidak sengaja telah berjaya mengambil gambar seorang lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jenis Produa Alza di depannya yang membuka pintu dan mengambil beg mangsa kemalangan di atas jalan raya.

Selepas video tersebut di sebarkan, tuan punya kenderaan tersebut telah tampil membuat penjelasan yang kereta tersebut telah dipinjam oleh adiknya dan yang mencuri beg tersebut adalah kawan adik beliau.

 
Tindakan penumpang kereta Alza tersebut mencuri beg mangsa kemalangan tersebut menerima kritikan orang ramai yang menyifatkan tindakan tersebut amat keterlaluan.

Kami telah menghubungi Polis Trafik Seremban, Balai Polis Senawang dan lain berhampiran. Pihak polis mengesahkan masih belum menerima sebarang serahan beg tersebut. -Siakapkeli.com.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 41 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 min ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BARA NAGA | Co' 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 51 mins ago
A visitor from Jambi viewed 'ASTON VILLA & DORTMUND SHOCK PSG AND BARCELONA BUT' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Chinese President Xi begins 3-day state visit to M' 1 hr ago
A visitor from Oslo viewed 'Welcome Ceremony for China President Xi Jinping in' 1 hr 22 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Logo Rasmi ASEAN-Malaysia 2025 Kini Diperkenalkan!' 1 hr 33 mins ago