Translate

29 March 2015

Pelakon Sharifah Sakinah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan

Sharifah Sakinah Sah Bergelar Isteri Aliff Adha



PETALING JAYA: Sharifah Sakinah selamat bergelar isteri kepada juruterbang Aliff Adha, 27, dengan sekali lafaz dalam satu majlis pernikahan di Hotel Shangri-La di Putrajaya kira-kira pukul 5.56 petang, Sabtu.

Sharifah Sakinah, 26, dinikahkan oleh bapanya sendiri Syed Abu Bakar di hadapan Imam Masjid Wilayah Putrajaya, Ustaz Fairuz Suhari.

Pada majlis berkenaan Sharifah Sakinah menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki di mana tujuh dulang tersebut mengandungi tujuh pasang kasut sukan jenama Adidas dengan rekaan yang berbeza.

Manakala, dia membalas sebanyak sembilan dulang kepada pihak lelaki berupa sebentuk cincin, senaskhah al-Quran, tali pinggang, seutas jam tangan dan sepasang kasut bola.

Bagaimanapun, jumlah mas kahwin dan wang hantaran dirahsiakan.

Antara rakan artis yang hadir pada majlis pernikahan Sharifah Sakinah.
Sementara itu, Sharifah Sakinah menzahirkan rasa syukur apabila upacara akad nikah berjalan lancar dan sah sebagai seorang isteri.

“Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Saya berasa gembira kerana akhirnya bergelar isteri kepada Aliff, lebih-lebih lagi apabila ayah saya sendiri yang menikahkan saya,” katanya.

Majlis dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak termasuk rakan-rakan artis terdekat.

Antara rakan artis yang hadir dan turut menjadi gadis pengangkat dulang ialah Marsha Milan, Anzalna Nasir, Elfira Loy, Siti Saleha, Sherry Al Hadad, Nabila Huda, Liza Abdul, Nad Zainal dan Tasha Shila.

Pasangan ini bertunang pada 25 Oktober 2014 di kediamannya di Taman Melawati, dekat sini.

Mereka akan diraikan dalam sebuah majlis resepsi pada 4 April di sebuah dewan di Kementerian Pertahanan (MINDEF). - mStar Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 5 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 28 mins ago
A visitor from Barnaul viewed '23-year-old woman was injured when she was brutall' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Bern viewed 'PKR election is a matter of party, not related to ' 6 hrs 2 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 7 hrs 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 8 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Calon PN DUN Tioman meninggal dunia | BEST FBKL' 8 hrs 27 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Senarai Buffet Ramadan / Buka Puasa 2023 Di Kuala ' 8 hrs 33 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 10 hrs 2 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Pope Francis has died on Easter Monday at the age ' 10 hrs 31 mins ago