Translate

31 March 2015

Video Beberapa Orang Gadis Mengamuk Dengan Seorang Pemandu Teksi Di Sebuah Teksi Di Shah Alam Menjadi Viral

Kisah Sebenar: Gadis Mengamuk Di Sebuah Stesen Minyak Di Shah Alam



Hari ini menjadi viral di laman sosial kisah sekumpulan gadis mengamuk di sebuah stesen minyak di Shah Alam gara-gara kereta Myvi milik salah seorang daripada mereka telah dilanggar oleh seorang pemandu teksi.

Menurut sumber portal Oh! Media iaitu page yang menyiarkan rakaman video tersebut, pihak wanita berkenaan telah tampil membuat penjelasan lengkap termasuk report polis.


Menurut mereka, tindakan pemandu teksi tersebut yang telah memukul salah seorang daripada mereka menyebabkan kekecohan besar tersebut terjadi.



Mungkin kerana cara percakapan gadis-gadis tersebut 'boleh tahan', pemandu teksi tersebut mungkin menjadi geram sehingga menggunakan kekerasan terhadap gadis tersebut.

Selepas kejadian, mereka telah ke balai polis untuk menyelesaikan kes ini, bapa gadis tersebut telah sampai dan sebaik mengetahui anaknya dipukul, bapa gadis tersebut telah bertindak nekad memukul pemandu teksi berkenaan.

Kerana tumbukan itu, pemandu teksi berkenaan mengalami pendarahan di muka. Sepatutnya kejadian ini diselesaikan cara berhemah, tapi bapa manakan sanggup tengok anaknya dipukul.

Apapun harapan kami, kejadian ini boleh diselesaikan cara elok dan harap tidak berlaku lagi sebegini kerana sudah banyak kejadian pukul melibatkan pemandu kenderaan. Kes terbaru adalah kejadian seorang wanita dikatakan memukul seorang warga Perancis selepas dikatakan dia dituduh sebagai pengganas. - Siakapkeli.com.my
Video dari kemera milik gadis-gadis tersebut
Tahukah anda terdapat satu cara untuk jimatkan penggunaan kredit telefon anda?Jom lihat plan ini

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 1 min ago
A visitor from Klang viewed 'Datuk Seri Najib Razak hadir memberi penghormatan ' 1 min ago
A visitor from Batu caves viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 6 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'To begin three-day state visi' 13 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Former PM Abdullah Ahmad Badawi passes away TheSta' 18 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Puluhan rumah rosak akibat ribut di Perak | BEST F' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Federal Government approves RM16.45bil to develop ' 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'China's President Xi Jinping arrives in Kuala Lump' 39 mins ago