Translate

08 February 2015

Fazura Gelak Ketawa Dengan Zizan Membuatkan Peminat Kehairanan




Beberapa keping gambar menunjukkan kemesraan antara Fazura dan Zizan sedang gelak ketawa dimuatnaik ke Instagram oleh Fazura membuatkan peminat terkejut dan tertanya-tanya kenapa mereka berdua sangat mesra.

Bagaimanapun aksi-aksi gelak ketawa dan mesra itu secara langsung menjawab persoalan orang ramai yang mana ramai yang merasakan mereka bermasam muka.

Menerusi Murai.com.my, Fazura berkata, gambar itu sengaja dikongsikan untuk ditunjuk kepada para keyboard warrior yang mana suka melihat mereka berdua bermasam muka.

“Iya, memang gambar itu saya kongsikan untuk tatapan umum, baik peminat saya atau pun kepada penyokong kuat Zizan dan juga Virus. Memang ada mesej yang ingin saya tujukan kepada para keyboard warrior mahupun individu yang seronok melihat artis mereka bermasam muka.” kata Fazura.

Teraju utama Manisnya Cinta di Cappadocia mengakui terpanggil untuk menghubungi Zizan untuk sama-sama mencari punca situasi ini hingga mereka merancang untuk bertemu.

“Akhirnya ia membawa kepada pertemuan singkat malam tadi setelah Zizan pun turut merasakan perkara tersebut hanya isu yang dibesarkan oleh para haters dan keyboard warrior yang tidak senang melihat saya(Fazura) mahupun dirinya yang kali ini bergerak bersama kumpulan Virus.”

“Alhamdulillah, mungkin Allah SWT telah berikan saya petunjuk dan menggerakkan hati saya untuk menjernihkan keadaan yang sebenarnya tidak pernah keruh tetapi dek kerana anasir yang berniat jahat ini, saya dan Zizan termasuk dalam ‘game’ mereka.” kata Fazura.

Selain itu, dia juga memberitahu yang dia bersyukur kerana isu panasnya dengan Zizan sudah reda. ─ Siakapkeli.com.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED