Translate

11 February 2015

Andai Taufik Batisah Itu Jodoh Saya Terima ─ Fazura



Sebelum ini, timbul gosip antara Fazura dan Taufiq Batisah yang mana ada cakap-cakap mengatakan mereka sudah bertunang dan sebagainya kerana mereka berdua kelihatan sangat mesra.

Bagaimanapun Fazura sendiri telah menafikan perkhabaran itu dan mereka tidak melangsungkan pertunangan dalam diam-diam. Selain itu Fazura juga berkata dia selesa berkawan dengan Taufik yang merupakan seorang penyanyi dari Singapura itu.

Terkini, menerusi satu temubual dalam program hiburan HLive, Fazuera berkata dia menerima seandainya Taufik itu jodohnya.

“Saya terima kalau jodoh saya. Taufik seorang yang smart, dan kelemahan saya ialah seorang yang smart, well-behaved, yang ada karisma,” tuturnya jujur.

Bertanyakan soalan kepada Taufik pula, Taufik berkata dia bertemu Fazura pada kali terakhirnya adalah pada tahun 2004 dan telah lama berkawan dengannya.

“Bila kita jumpa balik, kita macam ambil gambar selfie-selfie gitu. Benda-benda yang sederhana. Mungkin orang suka nak kaitkanlah.”

Maka tidak perlulah mereka gosip dan mengandaikan hubungan mereka berdua bermacam-macam. ─ Siakapkeli.com.my





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED