Translate

21 November 2014

Azza (Elite) buang tiub fallopio selepas gugur tiga kali


20 Nov – Penyanyi dan pelakon Azza (Elite) atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan membuang tiub fallopio pada bahagian kiri rahimnya pada Disember tahun lalu ekoran kandungannya itu berada di luar rahim.
Memetik laporan mStar, Azza turut memberitahu, selain daripada keguguran, doktor turut mengesahkan dia akan mengalami kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata pada masa akan datang.
"Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sedihnya saya kerana doktor mengesahkan saya sukar untuk hamil kerana hanya mempunyai satu tiub fallopio sahaja.
"Biarpun redha dengan kejadian itu, namun saya tidak pernah patah semangat kerana yakin suatu hari nanti Allah akan memberikan rezeki anak kepada saya dan suami," ujarnya.
Jelas pelakon berusia 35 tahun ini lagi, kali pertama dia mengalami keguguran adalah pada 2012 iaitu beberapa bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Azlan Zulaily dan kali kedua pada Januari 2013.
Kemudian pada Disember tahun yang sama, doktor mengesahkan Azza mengandung buat kali ketiga tetapi mengalami keguguran pada minggu ketiga kehamilannya.
"Kehamilan ketiga itu adalah bukti kuasa Allah lebih daripada segalanya dan membuatkan saya bertambah yakin bahawa saya akan hamil lagi selepas ini," katanya lagi.
Akui menerima kesan dan menjadi murung dengan kejadian tersebut, Azza bersyukur kerana suaminya banyak memberi semangat dan memastikan dia mendapatkan rehat yang cukup.
Malah selebriti seperti Rozita Che Wan dan Didie Alias turut banyak memberi nasihat ketika mengharungi tempoh sukar itu selain memberikan tips bagi mendapatkan zuriat.
Dalam perkembangan lain, Azza kini sedang sibuk menguruskan perniagaan butik pakaian muslimahnya di Busana Mall, Kuala Lumpur. Malah dia juga bakal tampil dengan rekaannya sendiri yang diberi nama PAJ by Azza Elite dalam masa terdekat ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Dallas viewed 'Airplane dining in downtown KL on a actual Boeing ' 13 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'MALAYSIA, Alexis SueAnn - Contestant Introduction ' 37 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Remaja perempuan terjatuh dari jeti ditemukan lema' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pencalonan tamat, Anwar tidak dicab' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'PDRM tugaskan 6,200 pegawai dan anggota kawal kese' 2 hrs 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Shah Alam turning into a ghost city? | BEST FBKL' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'JIM Selangor gempur flat PKNS, 23 PATI' 2 hrs 52 mins ago