Translate

21 October 2014

SAMM Johor mahu hospital Ampang Puteri kaji keputusan taja Che Ta


SAMM Johor mahu hospital kaji keputusan taja Che Ta


17 Okt – Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor memohon agar Hospital Ampang Puteri milik Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk tajaan bersalin aktres jelita Rozita Che Wan.
Dipetik daripada laporan Malaysiakini, penyelaras SAMM Johor iaitu Hadzril Rizal memberitahu aktres yang mesra dengan panggilan Che Ta berkemampuan untuk membiayai kos urusan bersalinnya.
"Apakah asas KPJ benarkan pengurusan Ampang Puteri untuk memberikan tajaan ini? Sedangkan ramai lagi rakyat negeri Johor yang langsung tidak dapat menikmati apa-apa keistimewaan di pusat-pusat perubatan milik KPJ.
"Ramai rakyat Johor terpaksa berbaris panjang di klinik kesihatan awam, malah senarai menunggu untuk rawatan penyakit kritikal seperti pembedahan pintasan jantung di hospital pakar kerajaan juga begitu panjang," katanya.
Malah Hadzril turut menyebut kes adik Mohd Aqil Rida dari Parit Sulong, Johor yang memerlukan sumber kewangan bagi pembedahan jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN).
Aktres berusia 41 tahun itu dan suami, pelakon Zain Saidin dilaporkan menimang cahaya mata sulung mereka bila-bila masa sahaja selepas diijabkabulkan pada 11 Disember 2013.
Che Ta turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Effendy, 18, dan Aniq Ezzra, 16.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '144 projek bernilai RM14 bilion berjaya dilaksana ' 10 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ketua Cabang PKR JB Tuntut Rafizi Mohon Maaf | BES' 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'List of The Yang Di-Pertuan Agong's | BEST FBKL' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Local Telegram Group "V2K" spreading women's photo' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Perm viewed 'A woman, who was filmed making out with a man in t' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Penduduk terjejas dak' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Dallas viewed 'PM Anwar tiba di Tawau untuk rasmi penutupan PMR 2' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Sachsen viewed 'Perdana Menteri dijadual rasmi majlis penutupan PM' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Warga Emas Dilanggar Di Restoran Makanan Segera Me' 2 hrs 57 mins ago