Translate

01 October 2014

Polis Diraja Malaysia telah memulakan siasatan dan melancarkan operasi khas, “Ops Albatross”



KENYATAAN MEDIA : PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL (JSJK) : KEGIATAN BERSINDIKET MENGGODAM MESIN TELER AUTOMATIK (ATM)

Ekoran beberapa siri insiden di mana mesin teller automatic (ATM) di beberapa buah lokasi digodam sehingga menyebabkan kehilangan lebih RM1 juta, Polis Diraja Malaysia telah memulakan siasatan dan melancarkan operasi khas, “Ops Albatross” untuk mengesan dan mengheret pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Siasatan awal menunjukkan bahawa terdapat beberapa lelaki yang dipercayai warga asing, telah membuka panel bahagian atas ATM dengan menggunakan common key, kemudiannya, satu cakera padat (CD) dimasukkan ke dalam CD-ROM yang terdapat di dalam mesin berkenaan untuk menyuntik Malware yang dikenali sebagai “ulssm.exe”. Selepas mengeluarkan CD, panel akan ditutup semula dan ahli sindiket akan mengeluarkan kesemua wang di dalam ATM tersebut menggunakan panel kekunci dengan memasukkan kod tertentu yang diterima melalui panggilan telefon dari rakan sejenayah. Slot kad ATM akan disumbat dengan objek berupa kad sim, kertas ataupun punting rokok bagi menyekat akses pengeluaran wang oleh pengguna lain.

PDRM komited untuk membanteras jenayah ini sehingga ke akar umbi bagi mengekalkan keyakinan rakyat terhadap institusi kewangan tempatan. Sehubungan itu, PDRM turut memohon kerjasama anggota masyarakat untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan polis. Sila hubungi SAC Mohd Kamarudin Md Din di talian 019-6000135 atau 03-26163839 jika mempunyai sebarang maklumat berhubung jenayah ini.

( DATO’ SRI MORTADZA BIN NAZARENE ) CP
PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH KOMERSIAL (JSJK)
POLIS DIRAJA MALAYSIA





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED