Translate

22 May 2014

Yusof Haslam kesal "Abang Long Fadil" diklasifikasi 18 oleh LPF

Yusof Haslam kesal "Abang Long Fadil" diklasifikasi 18

21 Mei – Pengarah dan penerbit filem tersohor tempatan, Datuk Yusof Haslam kesal apabila filem arahan anaknya, Syafiq Yusof iaitu "Abang Long Fadil" telah diklasifikasikan sebagai 18 oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Jelasnya, dia terkejut dengan keputusan had tontonan untuk golongan 18 tahun ke atas tersebut kerana karya terbaru Syafiq itu hanyalah sebuah filem berunsur komedi dan penuh aksi lawan, sebaliknya banyak lagi filem antarabangsa berunsur ganas diberi tontonan untuk golongan berumur di bawah 13 tahun ke atas dengan pengawasan ibu bapa (P13).
""Abang Long Fadil" akan ditayangkan pada 29 Mei ini dan ia jatuh pada musim cuti sekolah dan sayang sekali filem ini tidak dapat ditonton oleh budak sekolah kerana klasifikasinya ialah 18.
"Saya sangat kecewa apabila LPF tidak terbuka dengan filem-filem Melayu, sebaliknya mereka lebih terbuka dengan filem luar negara.
"Sudahlah ia mendapat sembilan kali potongan, diberi pula had tontonan hanya untuk golongan yang berusia 18 tahun ke atas," ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.
Menurutnya lagi, perkara ini secara tidak langsung boleh menjejaskan industri perfileman tempatan dan mengehadkan kreativiti pengarah untuk berkarya, lebih-lebih lagi apabila babak yang ditapis itu tidak menjejaskan fikiran penonton.
"Saya harap isu filem ditapis tanpa alasan relevan tidak berlaku lagi. Bukannya saya nak minta pihak LPF bersikap terbuka sehingga melanggar adat dan tatasusila budaya negara Timur," katanya lagi.
Filem kesinambungan "KL Gangster" ini bakal ditayangkan di 81 pawagam pada 29 Mei dan menampilkan Zizan Razak, Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Kamal Adli, Soffi Jikan dan ramai lagi.
Berkonsepkan komedi parodi, "Abang Long Fadil" mengisahkan Fadil yang ingin menjadi samseng sehebat Malik dan Shark. Selepas keluar daripada kumpulan Shark, Fadil diminta untuk menawan dan menjadi ketua gangster Kampung Berani agar tidak dibunuh oleh Shark.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED