Translate

22 May 2014

Pelakon jelita Jue Aziz membuka mulut apabila mengakui dia sudah pun berkahwin sejak tiga bulan lalu


Jue Aziz akui sudah bernikah

21 Mei –Pelakon jelita Jue Aziz yang sebelum ini mendiamkan diri akhirnya membuka mulut apabila mengakui dia sudah pun berkahwin sejak tiga bulan lalu bersama seorang pemuzik Indonesia, Bayu Pramana Putra di Sulawesi.
Jue atau nama sebenarnya Zuliana Abd Aziz berkata, dia tidak pernah merahsiakan tentang perkahwinannya tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Bukan saya tidak mahu memberikan kenyataan mengenainya, tetapi saya kurang percaya sebab pernah terkena.

"Mengambil contoh perihal anak angkat saya diputar belit sehingga ia mengaibkan. Lebih mengecewakan saya apabila apa yang ditulis itu tidak benar dan mereka tidak pernah mendapatkan kenyataan daripada saya," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Belajar daripada kejadian terdahulu, Jue berkata, dia tidak akan sewenang-wenangnya memberikan kenyataan berkaitan peribadi.
Dalam pada itu, Jue merancang mahu menghasilkan video pendek membabitkan perkahwinannya dengan Bayu yang akan dimuat naik di laman YouTube.
"Rasanya dengan cara itu lebih mudah. Saya dan Bayu sendiri akan memberikan kenyataan dalam video terbabit dan peminat boleh melihat sendiri majlis pernikahan kami yang dilangsungkan di kampung halaman suami.
"Peminat akan lebih percaya berbanding laman sosial dan blog yang selalunya memutar-belit kenyataan."


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED