Translate

22 May 2014

Aktres Izreen Azminda telah diceraikan oleh suaminya, Muhammad Riza Baharuddin ketika menjalani penggambaran

Izreen Azminda diceraikan suami di set penggambaran

21 Mei – Aktres Izreen Azminda telah diceraikan oleh suaminya, Muhammad Riza Baharuddin ketika menjalani penggambaran di Pulau Pinang pada 16 Mei lalu.
Menurut laporan Berita Harian, perceraian antara mereka berlaku di set penggambaran drama bersiri arahan Azma Aizal Yusoof berjudul "Kerana Terpaksa Aku Relakan".
Ujar satu sumber, Riza yang merupakan seorang jurukamera dikatakan telah memandu dari ibu kota untuk bertemu dengan isterinya di lokasi tersebut.
Namun apabila tiba di sana, berlaku pertengkaran kecil antara mereka berdua dan kejadian tersebut turut disaksikan oleh beberapa kru produksi serta pelakon lain.
Aktres berusia 28 tahun ini yang dihubungi telah mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu perkahwinan mereka sudah berakhir.
"Ya, kami sudah tiada apa-apa ikatan lagi dan tiada jodoh antara kami berdua. Saya pasrah dengan ketentuan ini. Cma buat masa ini saya enggan mengulas lanjut dan saya harao ia tak perlu diperbesarkan," ujarnya.
Izreen turut menjelaskan tiada persefahaman antara mereka berdua dan hidup perlu diteruskan.
"Mungkin ini sudah tertulis dan langkah terbaik buat saya dan dirinya. Beliau lelaki yang baik, yang pernah hadir dalam saya."
Pasangan ini telah berkahwin pada 30 Ogos 2012 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Adrian Umar yang kini berusia 10 bulan.

#73 Izreen Azminda Kena Cerai Di Lokasi Penggambaran - ROTIKAYA


LATEST....
SUAMINYA TELAH NAFIKAN YANG DIA TELAH BERCERAI

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED