Translate

16 May 2014

Penyanyi Fiza Elite berkata kehidupannya kini semakin tenang selepas memfailkan perceraian

Fiza Elite berserah kepada takdir

15 Mei – Penyanyi Fiza Elite berkata kehidupannya kini semakin tenang selepas memfailkan perceraian pada April lalu terhadap suaminya yang juga merupakan penyanyi Adam AF.
"Alhamdulillah, kehidupan saya semakin tenang. Saya menerima apa sahaja yang telah ditakdirkan oleh Allah S.W.T dengan hati terbuka," katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim berkata, walaupun sudah berpisah dengan Adam, namun hubungan mereka masih lagi dalam keadaan baik.
Ditanya adakah penyanyi berusia 33 tahun itu mahu berbaik dan merujuk semula dengan Adam, Fiza menyerahkannya kepada takdir.

"Dalam setiap perkara, kita sering mengharapkan yang terbaik. Dalam hal ini, saya serahkan kepada kuasa Allah S.W.T. Disebabkan rencananya saya berkahwin dan kerana takdirnya juga saya berpisah. Jika Dia berkehendakkan sesuatu, kita tidak boleh menghalang.
"Sebagai pasangan yang berpisah tanpa perbalahan, saya akui masih terasa apabila Adam tiada di sisi. Saya juga masih dalam tempoh edah dan tidak membuka hati untuk berkenalan dengan lelaki lain.
"Sebab itu seperti yang saya katakan, jika Allah berkehendak kami kembali bersama misalnya, saya serahkan segalanya kepada takdir."
Fiza dan Adam telah berkahwin pada September 2014 dan ini merupakan perkahwinan pertama Adam dan yang kedua buat Fiza dimana perkahwinannya sebelum ini dengan seorang ahli perniagaan telah dikurniakan dua orang cahaya mata Ferra Aryanna, 6, dan Feeya Adyrra, 5.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED