- View PhotoTasha Shilla tertekan dihentam peminat
14 Mei – Aktres jelita Tasha Shilla mengakui dirinya tertekan dengan cacian yang dilemparkan oleh pengikut-pengikut di laman sosialnya berhubung percintaanya dengan kekasihnya Han Chen Wong.
"Saya memang tertekan dengan komen-komen negatif mereka, ramai di antara mereka terpaksa saya 'block' kerana bersikap kurang ajar.
"Saya tidak perlu untuk jaga peminat, mereka sepatutnya memahami dan bukan mengawal hubungan saya. Cukuplah keluarga saya merestui hubungan kami," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.
Tasha atau nama sebenarnya Natashasheila Abd Razak berkata, dia juga turut memberi amaran kepada peminat yang berniat untuk menghinanya supaya tidak menjadi pengikutnya di laman sosial.
Dalam perkembangan lain, Tasha, 27, merancang mahu berkahwin pada tahun hadapan kerana hubungan mereka kini di peringkat memahami dunia masing-masing.
"Pada awalnya dia agak rimas juga dengan perhatian orang terhadapnya. Saya pula cuba masuk dengan dunia Muay Thai dia sementara dia belajar memahami dunia saya."