Syanie dan Suami Tak Letak Harapan Timang Cahaya Mata
- Details
- Published on Thursday, 06 March 2014 08:43
Pelakon komedi, Syanie bersyukur suaminya, Nadi Putera Mohd Zainol, 29, memahami dan tidak meletakkan harapan yang tinggi untuknya mendapatkan zuriat dalam perkahwinan yang dibina mereka pada 1 Mac lalu.
Syanie atau nama sebenarnya, Syaniza Hisham, 41, berkata, mereka sudah membincangkan perkara tersebut sebelum membuat keputusan untuk hidup bersama.
"Saya dah beritahu dia bahawa pada usia sekarang, saya akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak.
"Dia memahami dan menganggap anak bukan tujuan utama dia mengahwini saya, lagi pula dia sudah pun ada dua orang cahaya mata hasil perkahwinan yang pertama," katanya.
Bagaimanapun, Syanie berkata, sebagai seorang wanita, dia sangat berharap dapat melahirkan seorang cahaya mata bagi melengkapi kehidupan rumah tangga mereka.
Syanie dan Nadi Putera selamat dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah dengan sekali lafaz.
sumber : mStar online