Translate

06 March 2014

Isu Cinta Suami Orang : Hanez Suraya Akui Karier Terjejas, Tidak Peduli Hinaan


Hanez suraya/Pic:mD oleh faisol MustafaHanez suraya/Pic:mD oleh faisol Mustafa
AKTRES Hanez Suraya mengakui kariernya agak terjejas sejak kontroversi yang melanda dirinya ekoran didakwa bercinta dengan suami orang sekaligus dituduh sebagai perampas. Meskipun dilemparkan dengan bermacam kutukan oleh segelintir masyarakat, namun kata pelakon 'Love You Mr. Arrogant' ini, dia masih mampu untuk berdepan dengan perkara tersebut.
Bercakap pada sidang media khas yang diadakan semalam, pelakon berusia 29 tahun ini meluahkan kesal kerana tidak menyangka keterujaan berkongsi cerita dengan pihak media bahwa dia akan berkahwin dengan kekasihnya Romie Razizan Adilha (Mr. R) tidak lama lagi, mencetuskan kontroversi. Lantas Hanez membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Orang-orang yang rapat dengan saya tahu akan cerita sebenar. Saya akui sedikit tertekan tapi saya masih kuat lagi untuk berdepan dengan semua ini. Walaupun saya menerima pelbagai cacian, kutukan dan hinaan daripada orang-orang diluar sana, saya tidak peduli. Saya juga akui, karier saya agak terganggu tapi saya ambil masa untuk bersihkan semula nama saya.
"Lagipun saya tak melalui perkara ini seorang diri. Selain kawan-kawan yang rapat dengan saya juga ahli keluarga saya, Mr. R sentiasa ada di sini saya. Dia sama-sama berdepan kontroversi ini dengan saya. Seperti hari ini dia datang untuk menjelaskan perkara sebenar.
"Pada awalnya, niat saaya hanya nak berkongsi dengan media tentang perkara saya ingin berkahwin tidak lama lagi. Saya tak sangka pula ia boleh sampai boleh mencetuskan kontroversi. Saya tahu apa yang terjadi sebenar dalam rumah tangga Mr. R kerana dia banyak bercerita dengan saya. Tapi saya tidak masuk campur hal mereka suami isteri. Sebab itu bila saya kata saya ingin berkahwin tahun ini, saya tidak memberitahu tarikh yang spesifik", kata Hanez dengan tenang.
Sementara diminta mengulas mengenai tindakannya memuat naik gambar dia bersama kedua-dua anak teman lelakinya itu hingga mencetuskan kemarahan isteri Mr. R, Hanez berkata,
Hanez Suraya di sidang media, semalam/Pic:mD oleh Faisol mustafaHanez Suraya di sidang media, semalam/Pic:mD oleh Faisol mustafa
"Dalam instagram saya memang banyak gambar dengan budak-budak. Salah satunya adalah gambar saya dan kedua anak Mr. R. Pada awalnya orang-orang diluar tidak tahu siapa budak-budak itu. Tapi sendiri yang mendedahkan kerana marah dengan saya, semua jadi tahu siapa kanak-kanak itu. Saya faham perasaan ibu itu, sebab itu saya telah padamkan gambar tersebut dari Instagram saya", jelasnya.
Hanez juga berkata dia menerima lamaran kekasihnya itu walaupun ketika dilamar mereka baru saja dua bulan berkenalan, namun Hanez percaya dengan kejujurandan keikhlasan hati Mr. R. Pasangan itu telah berjumpa dengan ahli keluarga msing-masing dan Hanez memberitahu yang hubungan mereka di restui kedua-dua keluarga.
Kereta Mewah Duit Sendiri
Dalam pada itu ditanya mengenai sejauh mana kebenaraan dakwaan kereta mewah jenis Alphard yang dimilikinya adalah merupakan pemberian Mr.R, Hanez menjawab,
"Itu semua fitnah. Kereta itu saya beli dengan hasil saya bekerja. Mungkin orang mengangggap dari sei berlakon saya tidaklah terlalu menonjol tapi saya mempunyai produk. Dan kereta itu saya beli tahu lalu sebelum saya mengenali Mr.R", tuturnya sekaligus menyangkal dakwaan tersebut.

- mD




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED