Ada Lendir Di Tangan Teresa Kok Selepas Bersalam
- Details
- Published on Thursday, 06 March 2014 11:00
Beliau tanpa diduga bersalam dengan seorang lelaki berbaju melayu merah yang secara tiba-tiba datang ke hadapan dari arah belakang pentas.
Apabila selesai bersalaman secara pantas pemuda itu berlalu pergi tetapi disekat oleh orang ramai apabila menyedari Teresa agak terkejut serta terdapat lendir di tangannya.
Pemuda itu dibawa oleh sepasukan polis ke Pondok Polis Permatang Pauh bagi mengelak orang ramai membelasahnya.
Semasa berceramah di pentas utama Teresa Kok juga mengatakan dirinya dalam keadaan bahaya berkemungkinan akan diapa-apakan oleh individu yang tidak dikenali.
Tidak sampai lima minit selesai berpidato apa yang dikatakan itu menjadi realiti.
Antara penceramah pada majlis itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon dan Leman Raja Lawak.
-Harakah Daily