Translate

05 March 2014

Hanis Zalikha Terkejut Dakwaan Bergaduh Dengan Aliff Aziz


..
Tidak ada angin, tidak ada ribut, alih-alih timbul khabar pelakon dan pengacara Hanis Zalikha bermasam muka dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz di lokasi penggambaran drama bersiri 'Jodoh 2'.
Terkejut mendengar khabar angin tersebut, Hanis berkata dia tidak tahu bagaimana dakwaan itu boleh timbul sedangkan setahunya hubunga dia dengan penyanyi tinggi lampai itu tidak mempunyai apa-apa masalah
“Macam mana gosip ini boleh timbul? Saya dan dia baik-baik sahaja tambahan pula kami digandingkan bersama dalam drama ini...Tiada sebab untuk saya bermasam muka dengan Aliff.
“Kalau nak kata saya tak bercakap dengan dia tak mungkinlah… Saya rasa perkara ini berlaku kerana kami belum ada banyak babak yang hanya memerlukan kami berlakon berdua...Sebab itu jarang nampak kami bersama,” ujarnya seperti yang dilaporkan Astro Gempak.
Laporan juga menyebut Aliff turut menafikan gosip berkenaan sebaliknya menegaskan dia juga tiada masalah dengan Hanis.
“Sejujurnya saya memang tidak ada masalah dengan Hanis…Mungkin ada yang nampak kami tidak bercakap tetapi itu tidak bermaksud kami bermasam muka.
“Saya jadi serba salah sebab bila saya bercakap, orang akan buat andaian lain, bila saya tak bercakap orang kata bermasam muka pula...Jadi saya nak buat macam mana lagi?
“Masing-masing nak jaga nama sendiri, kalau boleh saya tidak mahu ada lagi benda negatif yang melibatkan saya.
“Tak kisahlah apa orang nak kata yang penting saya jadi diri sendiri dan mahu berubah ke arah yang lebih baik,” katanya memberi penjelasan.
sumber : Astro Gempak





Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED