Dafi Bengang, Mahu Jasmin Johari Dikenakan Tindakan Tegas
- Details
- Published on Tuesday, 11 March 2014 08:10
Di saat seluruh rakyat Malaysia dalam kebimbangan malah seluruh dunia juga gempar dengan insiden kehilangan pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang kini masih belum dijumpai, timbul pula satu isu mengenai seorang gadis yang dikenali sebagai Jasmin Johari telah membuat akaun palsu di laman sosial, Twitter.
Hal itu telah mencetuskan kemarahan ramai termasuk beberapa selebriti tanah air yang mengutuk perbuatan yang disifatkan sebagai cukup memalukan negara dan tidak bertanggungjawab itu.
"Saya rasa ia satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Isu besar begini bukannya untuk kita buat main-main dan ambil kesempatan nak curi perhatian orang. Dia seorang yang sangat bodoh dan pentingkan diri sendiri. Kalau ikutkan hati saya, saya mahu dia dikenakan tindakan yang setegasnya terhadap perbuatan dia.
"Dia sepatutnya lebih sensitif tentang kes yang sedang dihadapi oleh negara sekarang. Dia juga sepatutnya perlu hati-hati sebab cakap itu satu doa. Dia tak sepatutnya tweet seolah-olah ibunya sedang ditimpa musibah. Nanti betul-betul mak dia dilanda musibah gara-gara kebodohan dia", kata penyanyi Dafi menerusi aplikasi WhatsApp yang dikirimkan kepada Malaysian Digest.
Sejak berita mengenai MH370 menjadi tumpuan dunia, Jasmin mencuri perhatian ramai dengan status-status rintihan mahukan 'ibunya' yang di dakwa merupakan salah seorang penumpang pesawat yang terlibat itu, agar pulang segera. Malah tweet yang dikongsikan Jasmine Johari turut mempermainkan nama Allah.
Bagaimana Perbuatan terkutuk gadis itu terbongkar apabila pengguna laman sosial mula menyebarkan yang pemilik gambar yang sebenar (di Twitter @JasminJohari) adalah rakyat Filiphina.
Dan semalam, gambar pemilik asal “Jasmine Johari” iaitu @xmialuna, telah tampil ke hadapan telah mendakwa gambar beliau telah dicuri.
Sekarang ini, akaun Jasmine Johari telah ditutup oleh pihak Twitter. Terbaru, “Jasmine Johari” palsu telah buka satu lagi akaun Twitter untuk tujuan memohon maaf dan beliau dilihat mahu serah diri kepada polis.
- mD