Scha Disahkan Mengandung
Bagi peminat yang mengikuti perkembangan pasangan kegemaran ramai, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya ini sudah pasti sedia maklum mengenai tahap kesihatan Scha yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.
Rupanya, situasi itu adalah disebabkan oleh pembawakan bayi dalam kandungannya. Diiringi dengan keberkatan hari Jumaat, berita gembira yang telah lama dinantikan ini diwar-warkan sendiri oleh mereka berdua pagi tadi melalui sekeping foto imbasan bayi yang dimuatnaik menerusi akaun Instagram.
Scha Disahkan MengandungFoto imbasan bayi Scha dan Awal
Salam Jumaat, Syukur Alhamdulillah we are happy to announce that we’re expecting our first baby, InshaAllah. Reaching my second trimester now. We feel blessed with this rezeki. Berbanyak terima kasih kepada semua yg selalu mendoakan dan semoga semuanya berjalan dengan lancar, Amin! #schawal
Scha juga memberitahu bahawa kandungannya kini telah mencecah trimester kedua dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat yang sering mendoakan dirinya.



OHBULAN