Kandungan Isteri Terpaksa Digugurkan   Pierre Andre
Demi menjaga keselamatan isterinya, hasrat seorang pengarah muda, Pierre Andre dan isterinya, Siti Nur Hidayah Hashim untuk menimang cahaya mata harus dilupakan terlebih dahulu.
Menurut laporan oleh Utusan, atas nasihat doktor, kandungan isteri Pierre Andre terpaksa digugurkan untuk mengelakkan sebarang komplikasi kesihatan yang lebih membahayakan isterinya.
Kandungan Isteri Terpaksa Digugurkan   Pierre AndreDetik bahagia Pierre Andre dan isteri semasa sah diijabkabulkan pada 21 Jun 2013
“Doktor terpaksa menggugurkan kandungan isteri saya yang berusia 13 minggu kerana terdapat masalah pada janin. Jujurnya kami memang sedih, tetapi pada usia yang masih muda ini, kami percaya dengan rezeki”
Walaupun masih berdukacita dengan kenyataan itu, mereka sekeluarga percaya akan rezeki daripada Allah SWT dan akan berusaha lagi untuk mendapatkan cahaya mata di masa hadapan.
Sumber : Utusan