Translate

20 March 2025

Ringgit tinggi berbanding dolar AS selepas FOMC cenderung turunkan kadar faedah



Ringgit tinggi berbanding dolar AS selepas FOMC cenderung turunkan kadar faedah

Bernama

20/03/2025


Mohd Afzanizam berkata FOMC memutuskan kadar faedah dikekalkan dan memperlahan kadar pengurangan lembaran imbangannya daripada US$25 bilion kepada US$5 bilion. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis selepas Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS cenderung kepada penurunan kadar faedah susulan inflasi.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4200/4305 berbanding dolar AS daripada 4.4330/4400 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata FOMC memutuskan kadar faedah dikekalkan dan memperlahan kadar pengurangan lembaran imbangannya daripada US$25 bilion kepada US$5 bilion.

Beliau berkata perkara itu menandakan kecenderungan Rizab Persekutuan AS (Fed) kepada kadar faedah rendah.

"Semasa sidang media, Pengerusi Fed Jerome Powell menyatakan inflasi yang didorong tarif mungkin bersifat sementara. Beliau juga mengakui peningkatan risiko kemelesetan namun menegaskan risiko itu tidak berada pada tahap yang membimbangkan.

"Unjuran suku tahunan yang disertakan menunjukkan Kadar Dana Fed masih berada pada landasan untuk dua pengurangan suku mata tahun ini, dengan pengurangan tambahan dijangka pada 2026 dan 2027," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata dalam keadaan itu, pasaran ekuiti telah meningkat secara berterusan manakala hasil Perbendaharaan AS menurun.

"Ini sepatutnya menjadi faktor positif bagi ringgit, kerana Fed telah menunjukkan keyakinannya bahawa ekonomi AS mampu bertahan dalam ketidakpastian yang tinggi ekoran langkah dasar yang tidak menentu oleh pentadbiran Presiden AS, Donald Trump.

"Ini juga memberi masa kepada peniaga dan pelabur untuk menilai semula pesimisme semasa, kerana pendekatan stabil Fed menyokong minat risiko," katanya.

Beliau berkata bank pusat itu tidak tergesa-gesa dalam mengubah dasar dan kekal komited supaya ekonominya masih mencatatkan pertumbuhan.

Ringgit diniagakan lebih rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.8231/8346 daripada 4.8324/8400 ketika ditutup semalam namun rendah berbanding pound British kepada 5.7504/7641 daripada 5.7496/7587.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 2.9774/9847 daripada 2.9595/9643.

Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara ASEAN.

Mata wang domestik naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3248/3330 daripada 3.3251/3306 ketika ditutup pada Rabu, dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1622/2002 daripada 13.1778/2056.

Ringgit turut lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 267.3/268.1 daripada 268.1/268.7 dan lebih stabil berbanding peso Filipina kepada 7.71/7.74 daripada 7.74/7.75.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita berdepan detik cemas rumah disamun empat le' 2 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di' 2 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Gagal bayar gaji pekerja, tayangan dua filem terim' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'bestfbkl.blogspot.com' 9 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 21 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 21 mins ago
A visitor from Tampin viewed 'Polis buka kertas siasatan pelajar aksi tidak seno' 25 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 26 mins ago
A visitor from Zagreb viewed 'Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di' 26 mins ago