Translate

12 March 2025

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran



PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran

Bernama

12/03/2025


Anwar ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Pengamal Media di Angkasapuri. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada sepuluh veteran media yang diuji dengan masalah kesihatan bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang sambutan Aidilfitri.

Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Selasa.

Turut hadir Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj.

Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 adalah inisiatif Kementerian Komunikasi dan dikendalikan oleh BERNAMA, bertujuan menyantuni pengamal media.

Penerima sumbangan pada majlis Selasa ialah tiga veteran New Straits Times (NSTP) Mohd Zaini Sayuti, Salmah Mohsin dan Dzulkeffli Mustapha; tiga veteran Berita Harian (BH) Hariyati Ariffin, Akmal Abdullah dan Mohd Ali Majid.

Selain itu dua veteran BERNAMA iaitu Fadzlon Ahmad dan Nik Mohamed Omar, veteran RTM Hajrahbi Muhammad dan seorang lagi dari Utusan Melayu Mohd Ifqdar Abdul Rahman.

Sejak dilancarkan pada April 2023, Tabung Kasih@HAWANA telah mememberi manfaat kepada 315 pengamal media seluruh negara.

Sementara itu, penerima Tabung Kasih@HAWANA menzahirkan rasa syukur atas ingatan dan sumbangan diberikan sambil menyifatkan ia sebagai satu bantuan yang amat diperlukan di saat ditimpa ujian dalam kehidupan.

Bekas Pengarang Hiburan Berita Harian (BH) Akmal Abdullah yang menderita penyakit buah pinggang berkata beliau amat terharu dengan sumbangan daripada Tabung Kasih@HAWANA yang disifatkan tidak pernah lekang dalam menjaga kebajikan bekas pengamal media.

"Saya dah tiga kali terima bantuan HAWANA ini, terima kasih Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Komunikasi dan Bernama. Bantuan ini amat bermakna untuk menampung kos dialisis saya yang mencecah RM3,900 sebulan," katanya.

Bekas kakitangan Bernama yang berkhidmat selama 25 tahun bersama agensi berita itu, Fadzlon pula berkata beliau tidak sangka dipilih sebagai penerima dan menganggapnya sebagai satu kenangan manis pada Ramadan kali ini.

Bagi Ekhfa Mohd Khalid, isteri kepada bekas kakitangan New Straits Times Dzulkeffli Mustapha menzahirkan rasa terima kasih kepada keprihatinan Bernama dan ahli jawatankuasa HAWANA yang menghulurkan bantuan kepada suaminya yang baharu sahaja disahkan menghidap kanser usus tahap empat.

"Alhamdulillah di sebalik ujian menimpa suami dan kami sekeluarga, ada bantuan yang kami terima, syukur dan terima kasih," katanya memaklumkan suaminya masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban sejak awal Ramadan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Israel bunuh lebih 400 orang di Gaza, gencatan sen' 3 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'KLIA ranks among top 10 airports globally with nea' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Monetary Authority of Singapore (MAS) shuts 1MDB-l' 3 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ayob Khan tipped to be next IGP| NST | BEST FBKL' 4 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 hrs 11 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 hrs 28 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 7 hrs 37 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 7 hrs 47 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 7 hrs 58 mins ago