Translate

07 March 2025

Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier



Integriti tunjang masa depan Sarawak - Timbalan Premier

Bernama

06/03/2025


Dr Sim Kui Hian (tiga, kanan) merasmikan Majlis Sambutan Hari Integriti Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak 2025 hari ini. - Gambar Bernama


KUCHING: Integriti bukan sahaja sebahagian daripada usaha nasional untuk membina negara bebas rasuah, tetapi ia adalah nilai yang sangat diutamakan Sarawak, kata Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Beliau berkata tanpa nilai integriti yang kukuh, semua pembangunan yang dibina Sarawak selama ini akan musnah.




"Pada 2018, rakyat mempercayai kami dengan belanjawan RM5.8 bilion, yang bertujuan untuk digunakan sepenuhnya bagi pembangunan negeri.

"Sarawak akan menjadi lebih makmur menjelang 2030, dengan belanjawan melebihi RM20 bilion. Ini bermakna generasi muda kita perlu dilengkapi dengan nilai integriti supaya dana yang diperuntukkan dapat digunakan sepenuhnya untuk kesejahteraan rakyat," katanya semasa sambutan Hari Integriti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah JPS Sarawak Datuk Ahmad Denney Ahmad Fauzi berkata jabatan itu telah diiktiraf sebagai Jabatan Teknikal di bawah Arahan Perbendaharaan 182, yang memberikannya kuasa untuk mentadbir projek pembangunan Kerajaan Persekutuan di negeri berkenaan, dengan had nilai sehingga RM50 juta.

"JPS Sarawak komited dengan pengiktirafan itu dan memastikan semua warga jabatan mengamalkan pematuhan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang ditetapkan dalam memastikan semua projek pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dan siap mengikut tempoh yang ditetapkan.

"JPS Sarawak amat memandang serius terhadap isu integriti dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan, dan sama sekali tidak akan berkompromi terhadap sebarang ketidakpatuhan atau ketirisan dalam pelaksanaan projek-projek itu," katanya.

Selain itu, beliau berkata JPS Sarawak telah diperakui oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd kerana melaksanakan Sistem Pengurusan Antirasuah yang mematuhi ISO 37001:2016 di ibu pejabatnya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Penjenayah Aktif Kes Seludup Senjata Api Dan Samun' 1 hr 2 mins ago
A visitor from Oregon viewed 'BEST FBKL' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'BEST FBKL' 1 hr 8 mins ago
A visitor from San jose viewed 'BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'MACC opens two investigation papers involving Sapu' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'DBKL Lapan Struktur Haram Di Pasar Borong Kuala Lu' 2 hrs 15 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 25 mins ago
A visitor from Puchong batu dua belas viewed 'Penerbit 'Bidaah' ditegur JAKIM, sedia potong adeg' 2 hrs 39 mins ago
A visitor from Moscow viewed 'Anies 1, Prabowo 2 dan Gan' 2 hrs 43 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Pelajar tingkatan dua meninggal dunia selepas peng' 2 hrs 43 mins ago