Translate

20 March 2025

DAP Perak tubuh jawatankuasa khas bantu kempen PRK Ayer Kuning



DAP Perak tubuh jawatankuasa khas bantu kempen PRK Ayer Kuning

Bernama

20/03/2025


DAP akan melaksanakan strategi kempen secara menyeluruh di pelbagai kawasan untuk memastikan kemenangan calon kerajaan dalam PRK itu, kata Nga Kor Ming.


KUALA LUMPUR: DAP Perak telah menubuhkan Jawatankuasa Gerak Khas untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti itu akan bertungkus-lumus berkempen bagi memastikan kerusi DUN Ayer Kuning kekal milik Kerajaan Perpaduan supaya kerajaan Perak kekal kukuh.

Nga berkata, DAP akan melaksanakan strategi kempen secara menyeluruh di pelbagai kawasan untuk memastikan kemenangan calon kerajaan dalam PRK itu.

"DAP adalah sebuah parti yang berbilang kaum, kita akan menggerakkan jentera kempen ke kawasan-kawasan yang diperlukan," katanya kepada pemberita selepas program Sembang Kopi bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, di sini, pada Rabu.

Nga berkata, pasukan kempen DAP Perak akan diketuai Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee Chuan How serta Exco kerajaan negeri, A. Sivanesan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK DUN Ayer Kuning pada 26 April ini, dengan penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita berdepan detik cemas rumah disamun empat le' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara 38 ditahan d' 53 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM BERANGKAT KE ' 58 mins ago
A visitor from Segamat viewed 'Malaysia Aviation tempah sehingga 60 pesaw' 1 hr 19 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Perselisihan faham 'Pak Cik Petai' dengan MPPD dis' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bas bawa 20 pelancong China terbabit kemalangan di' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mariah Carey wins copyright lawsuit over 'All I Wa' 1 hr 52 mins ago