Translate

11 February 2025

Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar



Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar

Bernama

11/02/2025


Anwar berkata, Malaysia terus menjadi penyokong lantang hak rakyat Palestin dan bekerjasama dengan Turkiye serta rakan antarabangsa lain bagi menangani krisis itu. - Gambar/ Bernama


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi" atau "penjajahan" dan mempersoalkan keabsahan rundingan selagi pendudukan berterusan.

Bercakap pada sidang media bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, Anwar menekankan bahawa Malaysia akan meneruskan usaha menyokong Palestin, namun memberi amaran terhadap gerakan diplomatik dangkal yang gagal menangani punca utama konflik.

"Dan ini membawa kita kembali kepada isu utama Gaza dan Palestin. Kami akan terus berusaha, tetapi kami bukan sekadar mengikut arus. Anda dapat melihat tindakan berkecuali dan pelbagai persoalan yang timbul. Bagi saya, ini adalah satu projek kolonisasi," katanya.

Beliau mengkritik keengganan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas, sambil menegaskan bahawa rundingan tidak akan membawa hasil selagi Israel mengekalkan penjajahannya ke atas wilayah Palestin.

"Maksud saya, berapa banyak rundingan yang boleh dilakukan apabila penjajah belum berundur?" soalnya.

Anwar turut menekankan perampasan sistematik terhadap rakyat Palestin, sambil menegaskan bahawa isu itu bukan sekadar berkaitan politik semata-mata, tetapi juga hak pemilikan asas.

"Isu ini bukan hanya bersifat politik...ia juga berkaitan dengan tanah, rumah dan harta benda. Terdapat dua perkara utama di sini. Pertama, bantuan kemanusiaan segera. Namun, kita juga perlu berusaha ke arah penyelesaian jangka panjang yang adil," tambahnya.

Malaysia terus menjadi penyokong lantang hak rakyat Palestin dan bekerjasama dengan Turkiye serta rakan antarabangsa lain bagi menangani krisis itu.

Terdahulu, Erdogan menyaksikan pertukaran 11 Memorandum Persefahaman (MoU) antara Turkiye dan Malaysia yang merangkumi bidang utama seperti peralihan tenaga, pengurusan bencana, pertahanan, perdagangan dan kerjasama media.

Pemimpin Turkiye itu tiba di Malaysia pada Isnin untuk lawatan rasmi dua hari atas undangan Anwar.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 8 mins ago
A visitor from Monaco viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Eight individuals sentenced' 1 hr 9 mins ago
A visitor from Singapore viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Lebih 110,000 ahli laksana undian Pemilihan PKR pe' 2 hrs 28 mins ago
A visitor from Batu caves viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 35 mins ago