Translate

19 February 2025

Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis



Tiga yang maut pada konsert ambang tahun baharu disahkan akibat dadah - Polis

Bernama

19/02/2025


Hussein berkata seorang lagi mangsa masih berada di hospital dan dalam keadaan stabil serta memerlukan pemantauan rapi. - Foto fail/BERNAMA


SHAH ALAM: Polis mengesahkan tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia semasa menghadiri sebuah konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Dis lepas adalah akibat pengambilan dadah stimulan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berdasarkan laporan patologi diterima dan pihaknya masih menunggu laporan seorang lagi mangsa untuk melengkapkan siasatan.

"Setakat ini 53 saksi telah dirakam percakapan dan siasatan masih diteruskan serta akan dirujuk kepada koroner setelah siasatan lengkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata seorang lagi mangsa masih berada di hospital dan dalam keadaan stabil serta memerlukan pemantauan rapi.

Sebelum ini Hussein dilaporkan berkata siasatan awal polis mendapati dua lelaki dan dua wanita meninggal dunia selepas menghadiri sebuah konsert di Bandar Sunway, pada ambang tahun baharu disyaki mengambil dadah jenis ekstasi.

Selain empat mangsa terbabit, terdapat tiga lagi mangsa yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dilaporkan mempunyai simptom sama seperti mangsa yang maut.

-- BERNAMA




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 12 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 44 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Woman jumps to her death at Sunway Pyramid Shoppin' 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 57 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Melaka viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 12 mins ago