Translate

08 February 2025

Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly



Produk Coca-Cola di Malaysia tidak terkesan dengan pencemaran klorat - Dzulkefly

Bernama

08/02/2025


Produk Coca-Cola EuroPacific Partners dikesan mengandungi paras klorat tinggi dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah seperti Belgium, Luxembourg, United Kingdom dan Belanda. - AP


BUTTERWORTH: Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati Malaysia tidak terkesan dengan produk air berkarbonat Coca-Cola yang didakwa mengandungi paras klorat tinggi seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata maklum balas daripada Program Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM mendapati tiada sebarang bukti dikesan dalam produk berkenaan di Malaysia setakat ini.

Beliau berkata produk Coca-Cola EuroPacific Partners sahaja dikesan dan ia diedarkan di beberapa negara Eropah seperti Belgium, Luxembourg, United Kingdom dan Belanda.

"Ia bukan fenomena global, mungkin ia berkaitan dengan rantaian bekalan kumpulan atau penghantaran tertentu.

"Kami (KKM) akan terus memantau, tetapi setakat hari ini kita tidak menerima sebarang bukti bahawa ada produk yang terkesan, di Malaysia dan negara Asia tiada sebarang amaran," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Terbuka Wellness Hub Seberang Perai Utara di Klinik Kesihatan Sungai Dua di sini hari ini.

Terdahulu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta KKM menguji dan menangguhkan penjualan produk Coca-Cola di Malaysia susulan tindak balas kepada penarikan balik Coca-Cola di Eropah lanjutan daripada penemuan paras klorat yang tinggi.

Menurut CAP, Coca-Cola Malaysia mengeluarkan, memasarkan, dan mengedarkan lebih 80 produk pada masa ini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Nurul Izzah harap proses Pemilihan PKR teratur, te' 13 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perlis umum 17 April cuti pe' 20 mins ago
A visitor from Oslo viewed '(G)I-DLE & BamBam make history, first K-pop concer' 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Helicopter with Tourist Family crashes into Hudson' 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PEMBANTU RUMAH INDONESIA KANTOI MENCURI | BEST FBK' 44 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Yusoff Rawther gagal buka pintu kereta semasa serb' 55 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Federal govt channels RM14.7 mln to Selangor for d' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PERKAMPUNGAN WARGA ASING DI HENTIAN KAJANG DIGEMPU' 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '4 Individu Bergelar Datuk Antara 8 Ditahan, Aset R' 1 hr 7 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 1 hr 17 mins ago