Translate

25 February 2025

Penyanyi ‘Killing Me Softly’ Roberta Flack meninggal dunia



Penyanyi ‘Killing Me Softly’ Roberta Flack meninggal dunia

BULETIN TV3

25 Februari 2025




NEW YORK: Penyanyi dan pelopor muzik R&B serta Soul Amerika Syarikat (AS) Roberta Flack, meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Menurut kenyataan wakilnya, Flack menghembuskan nafas terakhir pada pagi Isnin, dikelilingi oleh keluarga tercinta.

Diiktiraf sebagai salah seorang artis terbesar dalam genre soul dan R&B, Flack terkenal dengan kemahiran vokalnya yang luar biasa dan keupayaannya menyampaikan pelbagai emosi melalui lagu-lagu.

Diskografi cemerlangnya meliputi lagu hit Killing Me Softly dan The First Time Ever I Saw Your Face, yang menjadi hit nombor satu di AS pada 1972 dan memenangi Anugerah Grammy.

Flack juga dikenali melalui kerjasamanya dengan penyanyi legenda, Donny Hathaway.

Beberapa lagu duet mereka, seperti Where Is the Love dan The Closer I Get to You, mencapai kejayaan besar di peringkat antarabangsa.


Popular Posts - Last 7 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED