Translate

11 February 2025

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200



Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200

Bernama

11/02/2025


Yahaya berkata kes pertama melibatkan seorang doktor berusia 44 tahun yang kerugian RM433,700 selepas tertarik dengan iklan pelaburan bitcoin menerusi Telegram. - Gambar fail/Bernama


KUANTAN: Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Ketua Polis negeri Datuk Seri Yahaya Othman berkata kes pertama melibatkan seorang doktor berusia 44 tahun yang kerugian RM433,700 selepas tertarik dengan iklan pelaburan bitcoin menerusi Telegram pada Julai tahun lepas.

Beliau berkata mangsa diminta menekan pautan yang menyambungkannya kepada aplikasi WhatsApp pentadbir pelaburan terbabit yang menawarkan beberapa pakej pelaburan, serendah RM500 hingga RM5,000.

"Mangsa memilih pakej asas dengan modal RM500 yang menjanjikan keuntungan sebanyak RM15,000 dalam masa tiga jam. Sepanjang tempoh pelaburan, mangsa telah membuat pembayaran sebanyak 22 kali ke dalam 16 akaun berlainan secara berperingkat berjumlah RM433,700.

"Mangsa bagaimanapun, langsung tidak mendapat sebarang pulangan dan berasa ditipu apabila wang pelaburannya tidak dikembalikan lalu membuat laporan polis," katanya.

Dalam kes kedua pula, Yahaya berkata ahli perniagaan berusia 61 tahun kerugian RM131,500 selepas mendapat panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai staf Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan mendakwa mangsa terlibat dalam kes kecurian elektrik di rumahnya pada Januari lepas.

Beliau berkata suspek juga menakutkan warga emas itu bahawa dia terbabit dalam kegiatan wang haram dan menyambungkan panggilan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan, kononnya untuk bercakap dengan pegawai polis berpangkat Inspektor.

"Suspek meminta mangsa membuat pindahan wang ke akaun yang diberikan dan mangsa telah membuat pindahan wang sebanyak 26 kali berjumlah RM131,500. Wang berkenaan ialah wang simpanan peribadi dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mangsa.

"Mangsa hanya menyedari ditipu apabila dia dihubungi sekali lagi untuk memasukkan wang. Justeru, pihak polis menasihati orang ramai agar membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan secara dalam talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan," katanya.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Florida viewed 'Netizen Berang Kes Maki Hamun Pegawai JPJ Di Wecha' 3 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'Real Madrid Defend their Champions League Title be' 12 mins ago
A visitor from California viewed 'Popular television host, actress and entrepreneur ' 19 mins ago
A visitor from Virginia viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 58 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Banjir di Johor, Sabah beransur pulih, jumlah mang' 1 hr 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 1 hr 13 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Dewan Negara ditangguh selepas lulus 10 RUU dalam ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih 127,000 anggota bakal nikmati In' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Pahang seru umat Islam tunaikan kewajipan b' 1 hr 14 mins ago