Translate

08 February 2025

Pengusaha Rokok Elektronik Tidak Setuju Cadangan KKM Untuk Pengharaman Vape Secara Total



Pengusaha Rokok Elektronik Tidak Setuju Cadangan KKM Untuk Pengharaman Vape Secara Total


8/02/2025




Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersedia untuk meneliti semula kemungkinan pengharaman penuh rokok elektronik atau vape secara total di Malaysia.

Walau bagaimanapun, cadangan Dzulkefly itu tidak dipersetujui oleh pengusaha rokok elektronik tempatan dan menyifatkan cadangan itu tidak adil.





Memetik laporan Astro Awani, Nanostix Innovations Sdn Bhd berkata, pelaksanaan yang seimbang perlu dijalankan sebelum cadangan Menteri Kesihatan itu dibincang di peringkat tinggi.

Wakil Nanostix berkata, pengharaman penuh industri vape di negara kita bukanlah satu penyelesaian yang adil dan berkesan terhadap isu penyalahgunaan dadah dah bahan terlarang dalam cecair vape. Cadangan penguatkuasaan yang lebih ketat diperingkat premis jualan dan pengimportan cecair vape dari luar negara turut diutarakan mereka untuk pihak kerajaan sebelum sebarang pengharaman dibuat.

Disamping itu, wakil syarikat itu juga berkata, industri vape secara amnya turut menyumbang kepada ekonomi negara dengan wujudnya banyak kedai vape yang menjadi alternatif untuk mereka yang ingin berhenti merokok.

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED